ASSALAMUALAIKUM DARI AS ~

Terima kasih sudi singgah di blog As. Yang elok tu, sudi sudikanlah share ye dengan kawan-kawan yang lain.

As boleh dihubungi di 014-229 7656. Terima kasih sekali lagi =)

Monday 10 June 2013

Zuriat..Kudambakan..



Assalamualaikum.


Zuriat..satu perkataan yg cukup sinonim bagi mereka yg sudah berumahtangga. Zuriat adalah penyambung generasi keluarga anda, mengeratkan kasih sayang antara suami isteri. Besarnya peranan zuriat bukan hanya itu, malahan penyeri hidup anda. Bermula saat apabila mengetahui anda sah mengandung, kemudian 9bulan berada dalam rahim, pengalaman melahirkan zuriat, berpantang, menyusukan, memandikan,melihat zuriat tersenyum kali pertama, membesarkan hingga dewasa adalah detik-detik paling manis dalam hidup seorang isteri yang bergelar ibu. Namun tak semua isteri mampu bergelar ibu, masih ramai yang menantikan setahun, malah ada yg hingga 5 tahun malah lebih hingga ke akhir hayat tidak mempunyai zuriat biarpun disahkan doktor suami isteri tidak mempunyai masalah kemandulan. 


As dengan rasa berbesar hati ingin memperkenalkan anda SET SAYA NAK PREGNANT. As ingin membantu dan melihat lebih ramai lagi insan bergelar isteri untuk merasai detik indah bergelar ibu. Dengan testimoni-testimoni yang positif hamil, tidak salah untuk mencuba. Wang ringgit bukan ukuran untuk sebuah kebahagiaan.


Hubungi As segera, 0142297656 untuk SET SAYA NAK PREGNANT !

Thursday 6 June 2013

Kisah di Padang, Indonesia - Part 1



Assalamualaikum sahabat-sahabat sekalian yang sudi dan setia membaca coretan As..

Yes..bila tengok tarikh akhir update blog, wallawehhhh...rupenye dah sangat lama ye. Ampunnnn...terkocoh-kocoh dengan study, labwork, paper, conference dan PADANGGGG !! Kekekeke...jgn tersalah faham..percutian serampang dua mata. As sebenarnye terlibat dengan conference Sustainability Agriculture, Food and Energy 2013 yang diadakan di Pangeran Beach Hotel, Padang as participant and PRESENTER ! 




As kesana 4hari 3malam bersama my beloved labmate merangkap my mama, Kak Fiza. Y Mama? Sebab she is very good in managing people,kihkih..even me lagi big big girl dari dia. Kami sama-sama pertama kali keluar dari Malaysia, betulll..first time. Agak keliru dengan timing dan kiraan duit, bukan sikit tapi banyak. Mula-mula tgk tiket pon dah pelik, bertolak pukul 7.50pg dari LCCT dan tiba di Minangkabau Airport jam 8.00 pg. Uikk..dekat sgt ke? hehe..Lepas ditenung-tenung tiket baru paham..ooo..Indonesia lewat sejam dari masa kita laaaa..


Muka hepi,tak sabar nak menjejakkan kaki kat Padang

Sampai kat sana kami disambut dengan sgt baik oleh pelajar-pelajar Universiti Andalas, Nia, Zikra, Lita, Nani dan ramai lagi. Dan diorang ibarat PA dan tourist guide As kat sana. Kami dihadiahkan dengan simkad sana, talian Axis untuk memudahkan kami menghubungi Malaysia. 


Pehal gambar boikot ni, tetiba terbalik lak

Kami terus check in Hotel Plan B, dan terus gerak ke Pangeran untuk conference. Jangan confuse dengan mana hotel plan A cz mmg hotel tu nama Plan B. Dengan mata yg mengantuk tak cukup tidur disebabkan hari-hari sebelumnya bz dengan urusan konvo adik, check turn bila dan my mama sgt terkejut dia adalah FIRST PRESENTER OF THE FIRST SESSION dan As agak lucky kerana orang terakhir untuk sesi terakhir esoknya. Kami yg konon selalu busy ni, belum lg siapkan slide presentation. Ahakkk..sesuka hati kan. 


Suasana dalam dewan di Pangeran Hotel

Kak fiza and As pon mencari-cari plug untuk guna laptop (laptop As sgtlah kasihan) di lobi hotel tapi ngak diketemui. Rupanya...brg paling penting mesti anda ada ialah ini..

........
........
........
........

Pastikan anda ada plug ni untuk kemudahan anda !

Iye..di negara Indonesia, plug diorang semuanya bermata dua..so As tulis kat sini supaya mungkin ada yang seperti As, first time kann ke Indonesia tahu apa yg paling penting untuk dibawa. Mau tak penting, nak caj laptop, telefon, iron baju, dan semua yg melibatkan penggunaan barang elektrik perlukan plug ni. Opsss...lupa nak share yg kami lunch di tempat yg sungguh indah..fresh air mengadap pool dengan bunyian deruan ombak..jatuh cinta dengan Padang! Presentation kak fiza berjalan lancar tapi agak merimaskan bila ada Japanese man yang banyak bertanyakan soalan. Mulala kami menyesal jadi presenter,hehe..Nasib baik petangnya kami diberi "ubat" dengan hidangan yg lazutttt...goreng pisang yg sedap, lembut, ada coklat dan ada cheese! Ya Allah...tak cukup satuuuuuuuuu..malangnya kami dah balik ke hotel baru rasa kesedapan pisang itu.


Baru sampai hotel


Dengan cepat kami perlu bersiap, cuma diberi masa sejam dengan beg-beg belum bukak pon lagi. Memang mencabar. Oh ye..ada 2 orang pensyarah dari Universiti Sriwijaya dan kurang pasti yg lagi satu. Kami sangat mesra dan selesa to each other..dan kami selalu sahaja riuh masa dalam van masa perjalanan. Penuh dengan cerita kelakar, dan pelbagai cerita. Mereka memanggil kami anak-anak mereka hanya tempoh perkenalan hanya lebih kurang sejam lebih sahaja. Malamnya kami diperkenalkan dengan tarian dan nyanyian kebudayaan daerah Minangkabau itu. Balik je hotel, kami terus tidur. As belum buat slide lorrr..

Kami bagaikan satu keluarga even baru kenal

Bangun sembahyang Subuh, As terus pulun buat slide (kitorang ponteng sesi pagi sesuka hati,hehe..)..terasa agak bosan even belum siap, As dan k fiza siap-siap amik feel jalan tepi pantai.Psttt...Padang ni memang bersebelahan dengan pantai tau. Fuhh.. View sangat cantik tp tak berani terlalu dekat sebab ombak yg besar. 


Muka poyo di pagi hari

Indahkan pemandangan?

Balik ke hotel, sambung lg buat slide sampai siap dan kami decide untuk jalan-jalan ke sekitar Padang. Bila tanya-tanya dengan receptionist, kami naikla ANGKOT. Ala yg macam van kecik muat ramai-ramai orang mcm dalam cite Sinetron tu la.  Kami ke Plaza Andalas. Tak de beza dengan mall yg ada di Malaysia..kami pusing dengan lajunya.hehe..opkos g jauh-jauh nak cari tempat yg berbeza sikit kan. Perut lapar..tercari-cari makanan, kononnn nak cari Nasi Padang. So bagi la perut isi dulu dengan Cheese Cupcorn. Lupa nak amik gambar sebab dapat je terus makan..ada perisa Balado (pedas) tapi mcm pelik kan manis makan dengan pedas. So pilihan selamat amik cheese. Keputusan kami mmg tepat, sedap yg amat! Sampai sekarang ingat mesti rasa nak lagiiii..hukhuk..


Muka-muka dalam Angkot

Masih nak berjalan, kami tanya orang tempat nak g makan Nasi Padang..Kami pulak yg tak faham direction. Untuk keselamatan kami, cancel makan Nasi Padang dan nak ke pasar tradisional. Haaaa...pasar tradisional di sana dipanggil PASARAYA. Memang kelakar bila ingat balik As salah faham bahasa. Ingatkan ditunjukkan jalan ke mall lagi, rupenye Pasaraya laaa tempat yg As nak pergi. Dah turun dari Angkot, nak seberang jalan ke Pasaraya, tiba-tiba..

"Hati-hati ya ama tasnya, disini banyak pencopet"

Hatinya girang menjadi gundah..yela..kami berdua perempuan di tempat orang. Lagikan nama hotel kami pon orang tak kenal, lagila kalau hilang dokumen mcm mana,nauzubillah..Tak jadi lg ke Pasaraya, agak sesal..hukhuk..takpe..mungkin next time. Balik ke hotel, kami terus mandi solat dan bersiap untuk ke Pangeran. Presentation As lagi 2 jam..Sempat berjimba-jimba lagi As ni,hehe...Macammana presentation As? OMG OMG..First time present depan orang yang tak dikenali dan of course anda di depan dengan ramai orang yg kelihatan mau menerkam anda dengan ribuan persoalan..Ohhhh...tapi alhamdulillah..dikurniakan sahabat-sahabat even diorang semua lecterur n sgt sempoi membantu. Syukur..


Suasana masa presentation..huh ~

Delegasi UKM 

Muka ceria da habis presentation, yeayyyy!!