ASSALAMUALAIKUM DARI AS ~

Terima kasih sudi singgah di blog As. Yang elok tu, sudi sudikanlah share ye dengan kawan-kawan yang lain.

As boleh dihubungi di 014-229 7656. Terima kasih sekali lagi =)

Sunday 29 July 2012

Bersama Insan Istimewa


Tahun ni merupakan tahun pertama As berpeluang berbuka puasa dengan anak-anak yatim, fakir miskin dan asnaf zakat di Rumah Amal, Persatuan Kebajikan Islam Peribadi Mulia yang bertempat di Taman Prima Saujana, Kajang. Sebelum ni As teringin juga bersama dengan anak-anak ini tapi tak tahu bagaimana nak membantu mereka, nak bersama mereka..takkan main terjah je kan..lagipun masa tu, diri sendiri pun masih belum mampu ditolong mcm mana nak tlg orang lain kan..


Kredit pic to Jumayie Cantek


So tahun ni, alhamdulillah As berpeluang bersama mereka setelah As join bisnes DCL. Event bersama anak yatim ini dianjurkan oleh Crown Ambassador Kak June Cantek, Leader Hebat dari Team Cantek. Terima kasih daun keladi kepada Kak Ina Bidadari dari Team Cantek yang menjemput As untuk bersama-sama berbuka puasa di Rumah Amal ini dan Jumayie Cantek kerana menjayakan event yang amat bermakna ni. Syukur ya Allah kerana dipertemukan dengan bisnes DCL. Bisnes yang bukan sekadar nampak duit semata tetapi bersamanya dibekalkan pakej kebajikan di mana setiap belian produk, 0.25% daripada harga produk akan dimasukkan ke Tabung Jihad, Yayasan Qaseh DCL untuk membantu anak-anak yatim dan mereka yang memerlukan. Nah, hari ni termakbul lah impian As untuk bersama anak-anak terpilih ini. Subhanallah, saat pertama melihat wajah mulus mereka, terpampang wajah ceria dan seronok mereka menyambut kedatangan kami semua sangat membuatkan air mata ni nak nak je keluar saat tu juga tapi kutahan jua..Yela, nanti diorang pon sedih jugak nanti. Bayangkan, langsung tak de wajah sedih, murung..Bertalu-talu pertanyaan diorang sampai ada yang tak terjawab, hehe..


Kredit pic to Jumayie Cantek

Pabila azan dilaungkan, kami berbuka dengan kurma dan air manis dan menunaikan solat Maghrib. Anak-anak ini automatik bangun berlari-lari ambil wuduk dan solat berjemaah..Sejuk jeee hati ni..Kemudian, waktu makan sudah tiba..hati meronta-ronta kesedihan bila melihat mereka makan. Si kecil yang baru berusia 7 - 8 tahun, menyuap si kecil yang berusia 2-3 tahun, berkongsi makan..Sayunye hati As..


Diorang makan kat luar je tau, makan sikit je padahal banyak sangat makanan

Dan As mengambil peluang untuk bersama mereka, menyuap, mengusap rambut insan suci ini, melayan keletah mereka. Sehingga bila nak balik, si kecil tak nak bangun dari ribaan As. Dalam hati kecil "Ya Allah, kuatkanlah aku dengan perjuangan DCL demi membantu insan-insan ini ya Allah..aku ingin melihat mereka bahagia ya Allah"..air mata kuseka..Tiada lagi sebab untuk As bertangguh mahupun menghentikan langkah As dalam DCL. Inilah yang As mahukan, As ingin MENANG DUNIA, MENANG AKHIRAT. As ingin menjadi HARTAWAN YANG DERMAWAN..


Tak nak bangun, huu...

Di kesempatan itu juga, As sempat bertanyakan tentang Rumah Amal dan dana yang diperoleh. Lalu salah seorang ummi mereka iaitu volunteer sepenuh masa untuk menjaga si kecil ini bercerita, anak-anak yang berusia 10 - 13 tahun berniaga kuih raya pada bulan Ramadhan ni untuk menambah sedikit dana untuk Rumah Amal ini. Yang perempuan buat kuih dan yang lelaki bantu promosikan. Sangat bermuafakat demi Rumah Amal yang sangat mereka kasihi. As pun automatik bertanya pada ummi, jika ada flyers mungkin As boleh bertanya pada kawan-kawan yang ingin membantu mereka. Bila flyers di tangan, As kaget melihat gambarnya tidak jelas, As bertanya kira ada gambar yang jelas bolehla As upload di FB dan jawapannya tiada..So, As mengkreatifkan diri cari gambar dari Cik Puan Google gambar untuk promosikan kuih raya yang dibuat oleh anak-anak ini..Bolehla kita makan sambil beramal kan..Dapatlah membantu mereka sedikit sebanyak, memberi mereka sedikit kebahagiaan. Hanya tiga jenis kuih raya yang ditawarkan oleh mereka. Yela, diorang masih kecil lagi dan masih belajar. Berikut merupakan kuih raya yang dijual oleh mereka iaitu ;

  • Tart Gulung Nenas ( 50 biji = RM25.00 )


Kredit picture to  http://deeamorkitchen.blogspot.com


  • Honey Cornflakes ( 85 biji = RM20.00 )


Kredit pic to  http://melissagoodsell.typepad.com 



  • Chocolate Chip ( 50 biji = RM25.00 )
Kredit pic to  http://delicious-cooks.com


Sekiranya anda berminat untuk membuat tempahan, anda boleh terus menghubungi Puan Siti di talian 017-2137313, ummi Rumah Amal tersebut ataupun anda ingin menghulurkan bantuan juga sangatlah digalakkan untuk menghubungi beliau. 

DAN, JIKA ANDA BERMINAT UNTUK MENYERTAI AS MERASAI PENGALAMAN SEPERTI AS DAN MEMENUHI TABUNG JIHAD, YAYASAN QASEH DCL BOLEH MENGHUBUNGI AS DI 014-2297656 ATAU EMELKAN KE asmidarhanan86@gmail.com.






No comments:

Post a Comment