ASSALAMUALAIKUM DARI AS ~

Terima kasih sudi singgah di blog As. Yang elok tu, sudi sudikanlah share ye dengan kawan-kawan yang lain.

As boleh dihubungi di 014-229 7656. Terima kasih sekali lagi =)

Thursday 20 December 2012

SEMBELIT OHHH SEMBELIT..



Assalamualaikum..

Kebetulan tadi semasa dari perjalanan pulang ke rumah As dari berjumpa salah seorang rakanniaga As di Kajang, As dapat phone call dari seorang customer lelaki As yang baru sahaja menggunakan produk DCL Ahad lepas untuk mengatasi masalah sembelitnya. Sebelum As bercerita dengan lebih lanjut apa yang terjadi, meh kita study dulu masalah sembelit ni. 

Pastinya ramai antara yang pernah mengalami masalah sembelit. Sembelit merupakan situasi dimana seseorang mengalami masalah untuk membuang air besar kurang daripada tiga kali seminggu dan keadaan itu berlarutan sehingga beberapa bulan, kata Pakar Perunding Bedah Am dan Kolorektal, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Prof. Madya Dr. Ismail Sagap (Kredit info to  Kosmo Online).


Kredit pic to mama-iloveu.

Seseorang yang normal yang tidak mengalami sembelit akan mengeluarkan 75% najis lembut dan proses pembuangan adalah lancar dan tanpa perlu meneran dengan kuat. Berbeza dengan mereka yang mengalami sembelit dimana lebih daripada 40% najis yang dikeluarkan adalah najis keras dan mereka terpaksa meneran lebih dari biasa. Mereka yang mengalami sembelit akan mempunyai masalah perut terasa kejang, kurang selera makan dan sakit kepala. Sembelit yang berterusan menyebabkan seseorang cenderung untuk mengalami buasir malahan lebih teruk najis berdarah! Selain itu, kehidupan harian juga akan terganggu dek gangguan sakit kepala yang kerap dan kekejangan pada perut. 




So, bagaimana nak mengatasi masalah sembelit ni? Masalah ini boleh diatasi dengan pengambilan air yang dirawat sebaik-baiknya 3 liter sehari dan banyakkan makan buah-buahan serta sayur-sayuran. Dalam kes customer As ni, dia dah beberapa hari cuba manually makan buah, minum air tetapi tak jalan.  Tak tahan dengan masalah yang dialami hingga demam-demam dek sembelit ni, As pon segera sarankan untuk dia mengambil Nuclonz ( klik sini untuk info Nuclonz ) dan juga Amazing ( klik sini untuk info ) bagi mengatasi masalah beliau. Baru sahaja menggunakan produk yang As sarankan selama 4 hari, beliau telefon As menyampaikan berita gembira masalah sembelit beliau telah hilang dan juga asyik sendawa. Berikut apa yang diceritakan oleh beliau pada As ;




Alhamdulillah syukur dapat membantu customer As menyelesaikan masalah beliau dan mengembalikan keceriaannya. Kepada kawan-kawan As diluar sana yang mengalami masalah serupa, jangan segan-segan untuk hubungi As di talian, 014-2297656 atau boleh emelkan kepada asmidarhanan86@gmail.com untuk mendapatkan produk ini. Kawan-kawan, cari jalan untuk mengatasi masalah kesihatan kita kerana KESIHATAN KESEMPURNAAN IBADAH ! =)











Sunday 9 December 2012

De Classic Life ( DCL )



Assalamualaikum 


Syukur alhamdulillah As semakin dikurniakan masa oleh Allah untuk menulis di blog kesayangan As ni. Apa khabar kawan-kawan As yg sedang membaca blog As ni? Pastikan korang semua sentiasa senyum ye, apa masalah jua yg mendatang, hadapi dengan senyuman. Ceewaahh..macam lagu Dewa 19. hehe..Bila kita sentiasa senyum, minda kita akan sentiasa dalam keadaan positif. Bila positif, apa jua perkara positif termasuklah wang akan suka dengan kita. Ingat lagi pesanan Jutawan Ijoy, "Money Loves Positives People"..

Sila senyum selebar ini, sekian.

Entry ni As ingin preview berkenaan syarikat gergasi Multi Level Marketing Malaysia iaitu DCL. DCL stand untuk De Classic Life. Ramai juga yang kuuuraaanggg perasan sebenarnya syarikat DCL adalah syarikat dari Malaysia dan milik Bumiputera Melayu Islam kita u allsss..Maklumlah, kita jarang-jarang sekali jumpa dengan Bumiputera Melayu yang sangat berjaya n dah tentu rasa "yeke.." So mehla As kenalkan pada anda Pengasas DCL. DCL diasaskan oleh pasangan suami isteri yg sangat hebat, Dato Dr. Stapa Hj Omar dan Dato Dr. Azlina Che Abdullah
Produk DCL merupakan produk yang berasaskan kesihatan dan kecantikan. Global umum tentang pencemaran yang makin meningkat dan makin ramai mencari-cari produk kesihatan berbanding ubat untuk memastikan kualiti hidup. Pasangan romantik yang memandang pada perjuangan membantu bangsa Melayu amnya dan Ummah Islam terutamanya untuk mendapatkan kebebasan kewangan. Dengan motto, 'DCL Satu Wadah Perjuangan, Lebih Adil Lebih Sukses', DCL benar-benar merupakan satu platform terbaik untuk kita yang ingin MENGUBAH nasib atau MEMAJUKAN diri. DCL bukan hanya menjanjikan kebebasan kewangan jika anda benar berusaha, malahan anda akan dilatih untuk mempunyai daya kepimpinan yang tinggi. Yes, DCL juga mempunyai Sekolah Latihan DCL yang diberi nama D'Eagle Motivation Centre Sdn, Bhd, yg diterajui oleh YH Dato Dr. Stapa sendiri. Jarang-jarang kita boleh dengar Pengasas turun padang bagi talk kan? Itulah bezanya insan LUAR BIASA HEBAT ini!


YH Dato Dr, Stapa Hj Omar bersama isteri tersayang, YH Dato Dr. Azlina Che Abdullah

DCL telah mengjangkau usia yang ke 16 tahun pada tahun 2013 dan telah melebarkan sayapnya ke-6 buah negara luar iaitu Thailand, Indonesia, Brunei, Singapura, Bangladesh dan yang terbaru ialah Korea !  Orang K-Pop pon nak ber DCL juga. Alangkah ruginya kita DCL yang berpusat di Malaysia atau lebih tepat lagi di Wangsa Melawati tidak menyedari wujudnya perniagaan yang dibina untuk membantu kita. 




Teringat As pada pesanan Dato Pengasas, DCL bukan hanya berkaitan dengan wang ringgit semata tapi lebih tepat mengenai BUDI dan JASA. DCL telah menyediakan Tabung Yayasan Qaseh DCL untuk membantu insan-insan yang memerlukan. Siapa yang memenuhkan Tabung ni? Jawapannya, kita semua sebagai pengedar. Ini adalah kerana setiap produk yang terjual, 0.25% dari nilai produk akan terus dimasukkan ke Tabung tersebut yang mana dihulurkan ke Palestin (kalau anda masih ingat), ke rumah anak yatim, pada fakir miskin, ibu tunggal dan banyak lagi. 

Dalam melahirkan lebih ramai insan yang MENANG DUNIA DAN MENANG AKHIRAT, DCL terus membuktikan keunggulan syarikat dengan memperoleh Anugerah Best Brands Kategori MultiLevel Marking, Consumer and Health Product dari The Brandlaureate  SME's Chapter Award selama tiga tahun berturut-turut iaitu 2009, 2010 dan 2011. Lebih dari itu, YH Dato Dr Stapa Hj Omar sendiri telah dianugerahkan CEO OF THE YEAR tahun 2010. Dan anugerah terbaru pada tahun 2012, Dato Pengasas telah menerima Anugerah Ijazah Sarjana Doktor Falsafah Keusahawanan dari Golden State University USA pada tahun 2012 yang membawa kepada gelaran Dr. Anugerah-anugerah yang diraih oleh DCL merupakan isyarat jelas bahawa kita semua boleh membina masa hadapan yang lebih baik dengan DCL

Kredit Pic to zudcl82.blogspot.com. TQ kak!

Pesan Dato Pengasas, janganlah mudah terpedaya dengan sistem perniagaan yang tidak beretika iaitu dengan menyertai skim piramid, skim cepat kaya kerana kejayaan merupakan satu proses, kejayaan perlu bermula dari bawah dan perlu dibina dan bukan goyang kaki, kejayaan datang bergolek menyembah anda. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang DCL, anda boleh hubungi As di talian 014-2297656. InsyaAllah, As akan menerangkan dengan lebih lanjut. Sekian, tq tq. 



Dato Pengasas bersama Tun M., kedua-duanya insan Melayu yang membuktikan Melayu juga boleh berjaya !




Thursday 6 December 2012

SELAMAT HARI LAHIR ASMIDAR ~



Assalamualaikum

Sedar tak sedar hari demi hari berlalu, akhirnya tiba lagi tarikh hari ni, maka dengan itu dengan rasminya bertambah lagi usia As setahun. hehe..dah 26 tahun rupanya umur As. Selamat Hari Lahir yg ke 26 As !! 




Usai solat Subuh je terus As telefon Mama dan Abah As di kampung tercinta, berterima kasih kerana melahirkan As di dunia ni dan juga menjaga As dengan penuh kasih sayang, memberi didikan agama dan peluang untuk As belajar sampai ke tahap hari ni. Sedih dan gembira mood As di pagi hari tau. ( emo emo,huu..)

Debaran kian terasa bila dah masuk usia 26. Mana taknya, As perlu habiskan Master As bulan Februari 2013 dan masa yg sama tanggungjawab As makin bertambah tau terutama bab D.U.I.T. hehe..Apa next plan utk life As perlu ada. 

Nampak tak belajar sekarang perlu ada duit, serius!

Syukur alhamdulillah apabila dipertemukan dengan bisnes DCL. Bonus yang diperoleh alhamdulillah dapat menampung duit poket As sepanjang belajar sekarang ni. Bukan je bonus tau As dapat, tapi As dapat kawan-kawan yg sangat best! Serius tau, As tak rasa keseorangan di hari lahir As. N yg paling BEST, diorang wat surprise surprise kat As. Rasa nak gugur air mata ini, emo lagi sekali ye! TQ TQ TQ Kak Hawa, kak Saadiah, Kak Zura n Kak Lily, memang TERBAIKKK korang buat As TERKEZUSSSS..Layan ye gambar,hehe..

Kek As yang disponsor oleh Kak Hawa, tejanorhawa.blogspot.com

Tiup kek beramai-ramai, tq u olsssss sumeeee

Saya maluuuuuu, sekian.

Suap menyuap kek,hehe..sempat nyanyi tu,hehe..

p/s - Terima kasih kawan-kawan As yang wish kat FB, msg dan telefon As. TQ sangat-sangat atas penghargaan dan ingatan tulus ikhlas korang tu. Doakan As terus BERJAYA ye dalam mencapai apa jua IMPIAN BESAR As. To rakanniaga As, Nurul Nazira yang turut berkongsi tarikh lahir yg sama, selamat hari lahir Nurul! Go n achieve ur dreams! N sekalung TAHNIAH buat my bestie, Azmainie Che Abdullah yang telah melahirkan baby girl jam 11 pagi tadi. Kompem selamanya dia akan ingat birthday As,hehe..

Mood yang sangat HAPPY !!

Wednesday 5 December 2012

Sekitar Majlis Ruby's Nite



Assalamualaikum teman-teman As yg sudi membaca blog As, toche-toche..=)

Malam yang dingin ni, As nak meng'update' gambar-gambar sekitar Majlis Ruby's Nite yg berlangsung Selasa lepas. Inilah wajah-wajah pencapai Ruby Manager dari Team Berjaya yang hadir pada malam tersebut.

Ruby Manager Nor Baizura menerima pin 


Ruby Manager Bainun penerima pin anugerah


As bersama Ruby Manager Baizura dan Ruby Manager Bainun 

Para Ruby Manager diberi penghormatan untuk mengemudi nyanyian lagu keramat DCL

Tahniah As ucapkan pada pencapai-pencapai semua, anda sangat HEBAT! Alhamdulillah, inilah bukti-bukti setiap insan tidak kira siapa mampu berjaya dengan kuasa MAHU bukan TAHU. Salah seorang pencapai dari Team Berkaya, Noor Baizura datang bersama suami dan anak-anak yang masih kecil. Kuasa MAHU sangat besar. Dengan adanya kuasa MAHU, kuasa TAHU akan datang seiring. 


RM Baizura bersama keluarga tercinta



Pesan Pengarah Operasi DCL, Encik Azlan, jangan dibesarkan MASALAH tetapi BESARKAN IMPIAN. Tak kira siapa anda, masalah sentiasa ada. Jangan hidup anda disempitkan dengan masalah sedangkan begitu banyak potensi anda terpaksa bersembunyi jauh dalam diri anda. Teman-teman As yang ingin BESARKAN IMPIAN, jangan hanya tunggu dan hanya melihat kejayaan orang lain sedangkan anda juga BOLEH ! 


En Azlan, Pengarah Operasi DCL memberi kata-kata semangat buat penerima anugerah
                                    

Hubungi As, 014-2297656 supaya As tahu andalah orangnya yang turut ingin bersama As mencipta kejayaan demi kejayaan. As sangat komited untuk membantu anda berjaya. =)


Bakal-bakal Crown Ambassador DCL!