ASSALAMUALAIKUM DARI AS ~

Terima kasih sudi singgah di blog As. Yang elok tu, sudi sudikanlah share ye dengan kawan-kawan yang lain.

As boleh dihubungi di 014-229 7656. Terima kasih sekali lagi =)

Tuesday, 31 December 2013

Kenapa Saya Nak Sangat Menginap di KLCC Stay ?



Assalamualaikum.

Alhamdulillah, hari ini merupakan hari yang terakhir kita di tahun 2013. Masih banyak azam dan impian yang belum tercapai, namun usaha yang tidak erti lelah pasti mampu menjadikan impian sebagai kenyataan. InsyaAllah..

KLCC, mercu tanda Negara Malaysia, sentiasa menjadi kebanggaan kita sebagai rakyat Malaysia. Selalu kalau berkunjung ke Kuala Lumpur, pastinya dari kejauhan dapat kita lihat KLCC dan rasa bangga menebal. As selalu membayangkan, alangkah bahagianya bangun je tidur, tengok KLCC depan mata! Ni dengan baru bangun tidur, dengan baju yang paling selesa, keadaan paling selesa, melihat KLCC..fuhhh...like heaven..hii...

Godek punya godek, rakan FB As, yang merupakan seorang blogger properties yang hebat, menawarkan penginapan di KLCC. As apa lagi, terus klik www.klccstay.com dan melihat sendiri keselesaan yang ditawarkan. Nak tau? Jom layan gambar..gambar bakal menceritakan segalanya.












Terpegun? Bukan hanya KLCC, Menara Kuala Lumpur pon terasa macam boleh digapai tangan..hikhik..Dengan bertemakan Stay & Shoping, Feel Like Home, Bed & Breakfast, anda pasti berpuas hati sampai berguling-guling ! Haa...yang best lagi, kalau kita tak de transport, Encik Shafie Bustan turut menyediakan perkhidmatan kereta sewa iaitu Toyota Alphard dan Toyota Camry. 







Kadar sewa sangat berbaloi-baloi, hanya RM 450 sahaja untuk sehari dan lebih dari sehari, harga boleh nego dengan En Shafie sendiri..Berminat untuk tinggal di KLCCStay ? Anda boleh layari www.klccstay.com atau hubungi beliau di  012-472 0207.

Selamat Menikmati Percutian Anda di KLCCStay !



Monday, 21 October 2013

Peluang Menjadi Agen DROPSHIP



Assalamualaikum.


Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan Semesta Alam yang sentiasa membuka pintu-pintu rezeki buat hambaNya yang berusaha. 

Ada antara kita yang berminat untuk menjana pendapatan tambahan tapi tidak tahu bagaimana? As ingin membuka PELUANG kepada kawan-kawan yang membaca blog As ini sebagai DROPSHIPPER. 

Kelebihan menjadi DROPSHIPPER, kawan-kawan tidak perlu untuk MENGELUARKAN MODAL dan juga MENYIMPAN STOK, sebaliknya hanya PERLU MEMPROMOSIKAN SAHAJA PRODUK yang As offer untuk menjadi PRODUK DROPSHIP. 

Info lanjut mengenai DROPSHIP akan As inform pada yang mendaftar sahaja. Cepat-cepat SMS As !

BERMINAT UNTUK MENJADI DROPSHIPPER ?

SMS SEGERA KERANA TERHAD KEPADA 10 ORANG SAHAJA !!



With Love,
Hanan Asmidar

HARI RAYA AIDILADHA DAN IBADAH QURBAN



Assalamualaikum sahabat-sahabat sekalian.



Hari Raya Aidiladha telah berlalu. Bagaimana dengan sambutan anda ? Semoga semua menyambut hari Raya Aidiladha dengan meriah dan penuh kesyukuran. Ada orang yang rasa seronok dan tak sabar untuk menyambut hari raya Aidiladha tapi tak kurang, ada yang rasa hambar je. Raya macam tak raya, cuti sehari je pon. 

Ya Allah, marilah kita sama-sama perbetulkan kembali pandangan kita kerana hari raya Aidiladha adalah hari raya paling besar untuk kita sebagai umat Islam. Kita sebagai umat Islam disyariatkan untuk mengerjakan haji bagi yang mampu sehingga kita turut memanggil hari tersebut sebagai Hari Raya Haji. Selain itu, indahnya Hari Raya Aidiladha sehingga kita disunatkan untuk bertakbir raya sehingga hari raya ke-4 sedangkan apa yang berlaku adalah disebaliknya. Seterusnya, Hari Raya Aidiladha juga adalah kisah mengenai Nabi Ibrahim A.S. yang digelar kekasih Allah sehinggakan malaikat bertanya pada Allah.

Sebuah riwayat dari Hadis Qudsi ada menyebut,

"Mengapa Kau beri gelaran pada Ibrahim A.S dengan Khalilullah, bukankah Ibrahim itu lebih sibuk dengan hal tentang keduniaan." 

Lalu Allah berfirman, 
"Jangan kau menilai hambaku dengan melihat lahiriahnya sahaja, tapi lihatlah hatinya, kasihnya dan cintanya padaKu tak terbelah bahagi. Dan ketika kau mengujinya, kau akan mendapati kasihnya padaKu tak ternilai oleh hal keduniaan dan kau boleh mengujinya."

Dan terjadilah peristiwa Qurban Nabi Ibrahim A.S dan Nabi Ismail yang membuktikan cintanya Nabi Allah Ibrahim pada PenciptaNya. 

Nabi Ibrahim A.S. berkata, “Hai anakku sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahwa aku menyembelihmu. Maka fikirkanlah apa pendapatmu!” Ismail menjawab: “Hai ayahku, kerjakanlah apa yang diperintahkan kepadamu; insyaAllah kamu akan mendapatiku termasuk orang-orang yang sabar”. Tatkala keduanya telah berserah diri dan Ibrahim membaringkan anaknya atas pelipis(nya), (nyatalah kesabaran keduanya). Dan Kami panggillah dia: “Hai Ibrahim, sesungguhnya kamu telah membenarkan mimpi itu sesungguhnya demikianlah Kami memberi balasan kepada orang-orang yang berbuat baik. Sesungguhnya ini benar-benar suatu ujian yang nyata. Dan Kami tebus anak itu dengan seekor sembelihan yang besar.” [Qur’an Surat Ash Shaffat : 102 - 107]

Selepas peristiwa itu, Allah telah mensyariatkan ibadah qurban sebagai mengingati terjadinya ujian kecintaan Nabi Allah Ibrahim kepada Allah.

Kelebihan menjalankan ibadah Qurban :

1. Kebaikan dari setiap helai bulu haiwan Qurban
Dari Zaid ibn Arqam, ia berkata : “Wahai Rasulullah SAW, apakah qurban itu?” Rasulullah menjawab: “Qurban adalah sunnahnya bapak kalian, Nabi Ibrahim.” Mereka menjawab: “Apa keutamaan yang kami akan peroleh dengan qurban itu?” Rasulullah menjawab: “Setiap satu helai rambutnya adalah satu kebaikan. ”Mereka menjawab: “Kalau bulu-bulunya?” Rasulullah menjawab: “Setiap satu helai bulunya juga satu kebaikan.” [HR. Ahmad dan ibn Majah]
2. Berqurban adalah ciri keIslaman seseorang
Dari Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda: “Siapa yang mendapati dirinya dalam keadaan lapang, lalu ia tidak berqurban, maka janganlah ia mendekati tempat solat hari raya kami.” [HR. Ahmad dan Ibnu Majah]
3. Ibadah qurban adalah salah satu ibadah yang paling disukai oleh Allah
Dari Aisyah, Rasulullah SAW bersabda: “Tidak ada amalan anak cucu Adam pada hari raya qurban yang lebih disukai Allah melebihi menyembelih haiwan qurban, sesungguhnya pada hari kiamat nanti haiwan-haiwan tersebut akan datang lengkap dengan tindak-tanduknya, kuku-kukunya, dan bulu- bulunya. Sesungguhnya darahnya akan sampai kepada Allah –sebagai qurban– di manapun haiwan itu disembelih sebelum darahnya sampai ke tanah, maka ikhlaskanlah menyembelihnya.” [HR. Ibn Majah dan Tirmidzi. Tirmidzi menyatakan: Hadits ini adalah hasan gharib]
4. Berqurban adalah ibadah yang paling utama
“Maka dirikanlah solat kerana Tuhanmu; dan berqurbanlah.” [Qur’an Surat Al Kautsar : 2]
Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah ra sebagaimana dalam Majmu’ Fatawa (16/531-532) ketika menafsirkan ayat kedua surat Al-Kautsar menguraikan : “Allah Subhanahu wa Ta’ala memerintahkan beliau untuk mengumpulkan dua ibadah yang agung ini iaitu solat dan menyembelih qurban yang menunjukkan sikap taqarrub, tawadhu’, merasa butuh kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala, husnuzhan, keyakinan yang kuat dan ketenangan hati kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala, janji, perintah, serta keutamaan-Nya.”
“Katakanlah: sesungguhnya solatku, sembelihanku (qurban), hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan semesta alam.” [Qur’an Surat Al An’am : 162]
Beliau juga menegaskan: “Ibadah harta benda yang paling mulia adalah menyembelih qurban, sedangkan ibadah badan yang paling utama adalah solat…”
5. Berqurban adalah sebahagian dari syiar agama Islam
“Dan bagi tiap-tiap umat telah Kami syariatkan penyembelihan (qurban), supaya mereka menyebut nama Allah terhadap binatang ternak yang telah direzekikan Allah kepada mereka, maka Tuhanmu ialah Tuhan Yang Maha Esa, karena itu berserah dirilah kamu kepada-Nya. Dan berilah kabar gembira kepada orang-orang yang tunduk patuh (kepada Allah)” [Qur’an Surat Al Hajj : 34]
6. Mengenang ujian kecintaan dari Allah kepada Nabi Ibrahim
“Maka tatkala anak itu sampai (pada umur sanggup) berusaha bersama-sama Ibrahim, Ibrahim berkata: “Hai anakku sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahwa aku menyembelihmu. Maka fikirkanlah apa pendapatmu!” Ia menjawab: “Hai bapakku, kerjakanlah apa yang diperintahkan kepadamu; insya Allah kamu akan mendapatiku termasuk orang-orang yang sabar”. Tatkala keduanya telah berserah diri dan Ibrahim membaringkan anaknya atas pelipis(nya), (nyatalah kesabaran keduanya). Dan Kami panggillah dia: “Hai Ibrahim, sesungguhnya kamu telah membenarkan mimpi itu sesungguhnya demikianlah Kami memberi balasan kepada orang-orang yang berbuat baik. Sesungguhnya ini benar-benar suatu ujian yang nyata. Dan Kami tebus anak itu dengan seekor sembelihan yang besar.” [Qur’an Surat Ash Shaffat : 102 - 107]
(info dari www.fimadani.com)

7. Haiwan Qurban Menjadi Kenderaan Menuju Syurga
Rasulullah SAW bersabda tentang keutamaan qurban bahwasanya qurban itu akan menyelamatkan pemiliknya dari kejelekan dunia dan akhirat. Beliau juga bersabda (yang artinya),
“Barang siapa telah melaksanakan qurban, setelah orang itu keluar dari kubur nanti, ia akan menemukan qurbannya berdiri di atas kuburannya, rambut qurban itu terdiri dari belahan emas, matanya dari yaqut, kedua tanduknya dari emas pula. Lalu ia terheran-heran dan bertanya, ‘Siapa kamu ini? Aku belum pernah melihat sesuatu seindah kamu.’

Haiwan itu menjawab, “Aku adalah qurbanmu yang engkau persembahkan di dunia sekarang. Naiklah ke alas punggungku”. Kemudian ia naik dan berangkatlah mereka sampai naungan Arasy, di langit yang ketujuh”

Rasulullah SAW bersabda (yang ertinya), “Perbesarlah qurban-qurban kalian, sebab qurban itu akan menjadi kenderaan-kenderaan dalam melewati jembatan AshShirat menuju surga” (HR Ibnu Rif’ah).


Subhanallah, sangatlah besar ertinya melakukan ibadah Qurban. Bukanlah qurban itu untuk menunjuk-nunjuk, sebaliknya tanda cinta kita pada Allah dengan mengeluarkan sedikit belanja dengan tujuan agama. Soalnya, SELALU KURANG DUIT untuk IBADAH QURBAN, satu bahagian pon dah RM 400++. As baru sahaja mendapat tips dari nenek saudara As. As hairan, bagaimana mereka satu family dapat jalankan ibadah Qurban, bukan satu bahagian tetapi berbelas-belas ekor !

Tanya punya tanya, rupanya mereka simpan duit setiap bulan sebanyak RM 50 setiap orang bermula selepas bulan Hari Raya Aiduladha dalam akaun khas yang dikumpul bersama saudara-mara. Dan bayangkan apabila 10 bulan, bukankah nilainya telah menjadi RM 500 dan kita dah pon dapat menjalankan ibadah Qurban untuk satu bahagian. Dan bayangkan kita beramai-ramai yang buat begitu, cth untuk 7 orang, bukankah kita dah dapat satu ekor? Subhanalllah..

Dah dapat caranya, jomlah kita bermula start bulan depan..beramai-ramai kita menjalankan ibadah Qurban dan menaiki kenderaan terindah di syurga nanti. Aminnnn..=)

Monday, 30 September 2013

PROMOSI BIDADARI XO =)



Assalamualaikum..

As tak sabar betul nak update blog hari ni tau. Sebenarnya, produk baru DCL Bidadari XO dah agak lama ada di pasaran cuma As yang tak nyempat nak update. Sampaila dah ramai sgt yg call As mintak As update kan..hehe...sorry my dear, As nak update dah hari ni eh,hee..=p (masa yg sama tiba-tiba perasan sendiri, "ramai jugak baca blog aku ni even tak selalu update" hakhak )

Berbalik pada Bidadari Xtra Ordinary a.k.a Bidadari XO, minuman dengan formulasi LUAR BIASA untuk WANITA. Rumusan hebat Bidadari XO ;

Membentuk wanita sempurna dari dalam diri..phiiwiitt..=p

  • Jus Buah Kurma
  • Madu
  • Manjakani
  • Kacip Fatimah
  • Sireh
  • Akar Serapat
  • Jarum Emas
  • Pueraria mirifica
  • Habatussauda
  • Q-10
  • Gluthathione
  • Vitamin B6
  • Vitamin B12

Khasiat Buah Kurma
  • Dianggap afrodisiak yang unggul untuk memulihkan tenaga syahwat wanita
  • Mengetatkan otot rahim selepas bersalin
  • Memulihkan tenaga dengan cepat
  • Membantu memanaskan badan
  • Mencergaskan minda dan tubuh badan
  • Membantu masalah kurang darah
  • Mengatasi masalah kurang responsif semasa hubungan kelamin
  • Mengatasi masalah kurang daya rintangan terhadap penyakit
  • Membantu melancarkan perjalanan darah
  • Penyakit yang boleh disembuhkan
    1.  Sembelit
    2.  Insomnia
    3.  Lemah otot
    4.  Sengal-sengal badan
    5.  Lesu
    6.  Barah Usus Besar
    7.  Mencuci hati
    8.  Penyakit buah pinggang
    9.  Tekanan darah tinggi


Khasiat Kacip Fatimah
  • Merupakan afrodisiak utama untuk wanita
  • Merangsang libido wanita
  • Dapat mempercepatkan proses kelahiran bayi
  • Dapat mengembalikan kecergasan selepas bersalin
  • Membantu mengecutkan rahim dan melangsingkan badan
  • Merangsangkan pengeluaran hormon yang dapat melancarkan perjalanan dan kitaran haid wanita
  • Mengurangkan sakit senggugut ketika datang haid
  • Melambatkan proses menapouse
  • Mengawal organ dalaman wanita
  • Menstabilkan sistem metabolisma tubuh
  • Antara penyakit yang boleh disembuhkan
    1. Penyakit buasir
    2.  Cirit-birit
    3.  Sakit sendi ( rheumatism )
    4.  Gonorhea

Khasiat Madu Lebah 

Dihasilkan secara spesifik berdasarkan sumber nektar bunga dimana setiap jenis madu dari sumber nektar yang berbeza memiliki khasiat dan manfaat yang berbeza. Walaupun yang demikian, secara umumnya khasiat dan manfaat madu tersebut hampir sama.
  • Melancarkan fungsi otak dan mencerdaskan otak
  • Meningkatkan daya ketahanan tubuh badan
  • Membantu mengatasi masalah kulit
  • Mempercepatkan penyembuhan luka
  • Membersihkan gigi dan memelihara kesihatannya dan ia malah dapat mencantikkan rambut dan memanjangkannya.
  • Melegakan saluran dan sistem pencernaan
  • Melawaskan pembuangan air besar
  • Melegakan saluran pernafasan
  • Menyembuhkan batuk dan demam
  • Membantu menyembuhkan penyakit-penyakit yang dapat mengganggu mata, telinga dan saraf.
  • Menyerlahkan wajah muda berseri, cerah dan licin
  • Membantu menyembuhkan penyakit jantung, hati dan paru-paru.
  • Menguatkan badan bagi yg berumur
  • Madu boleh mengeluarkan racun
  • Madu dapat mengeluarkan ubat-ubat yang tidak baik dari tubuh dan ia membersihkan ubat-ubat itu darinya
  • Dapat membunuh kuman-kuman yang memudaratkan tubuh atau menyembuhkan penyakit
  • Menyembuhkan sakit pinggang
  • Membantu orang yang mempunyai masalah tidur
  • Meningkatkan hormon
  • Penyakit yang boleh disembuhkan
    1.  Penyakit kulit, kurap, jerawat dan gatal-gatal
    2.  Terbakar
    3.  Luka
    4.  Kanak-kanak lumpuh
    5.  Sakit gigi
    6.  Sakit mata
    7.  Sakit jantung
    8.  Selsema


Khasiat Manjakani 
  •  Awet muda
  •  Menentang diabetes dan asma
  •  Mengelakkan kanser payudara dan usus
  •  Mengelakkan bau-bauan yang kurang menyenangkan
  •  Memulihkan otot vagina
  •  Merawat penyakit keputihan
  •  Menghentikan darah haid yang berlebihan
  •  Merawat tisu luaran vagina
  • Menegang dan menghaluskan kulit
  •  Merawat penglihatan mata
  •  Menegangkan payudara
  •  Menguatkan tulang dan gigi
  •  Menghilangkan bau mulut
  •  Mencantikkan kulit dengan mengurangkan minyak berlebihan
  •  Merawat luka ulser
  •  Mengelakkan sembelit


Khasiat Sireh
  • Berupaya mengukuhkan struktur kolagen kulit serta memperlahankan proses penuaan.
  • Rebusan daun sireh diminum untuk menghilangkan bau badan
  • Sifat antikulat dan antibakteria membantu dalam penjagaan peribadi untuk mengekalkan kebersihan dan kesegaran intim
  • Ia membantu mengurangkan atau mencegah jangkitan bakteria dan kulit yang mengakibatkan gatal-gatal, keputihan berlebihan dan bau yang kurang selesa.
  • Berkeupayaan untuk meningkatkan ketahanan imun badan terhadap pelbagai jangkitan
  • Wanita Melayu di Asia Tenggara telah menggunakan akar serapat dalam penjagaan peribadi selepas bersalin sejak beberapa abad dahulu.
  • Herba ini dipercayai dapat mempercepatkan pemulihan rahim dan saluran peranakan, mengencangkan payudara dan otot abdomen serta mengembalikan kecergasan selepas bersalin.
  • Ia memperkuatkan dan menegangkan otot pelvic bagi mencegah kegelinciran uterus.


Khasiat Jarum Emas
  • Rumput jarum emas amat dijunjungi oleh pakar perubatan untuk mengembalikan kesihatan dan kecergasan golongan wanita.
  • Ia merupakan penawar yang sering digunakan untuk melancarkan kitaran haid dan megurangkan senggugut.
  • Sifat antiradangnya membantu wanita yang sudah berumahtangga pulih dengan lebih cepat daripada kesan hubungan kelamin seperti bibir bengkak atau sakit.
  • Kegunaan yang lain termasuklah melancarkan sistem penghadaman, melegakan “panas badan” dan menyingkirkan bahan buangan toksid daripada bahan yang seterusnya menghilangkan masalah bau badan dan menjamin kulit yang lebih sihat dan anjal.


Khasiat Pueraria mirifica
  • Mengembalikan keremajaan untuk wanita yang sudah berumur dengan menegangkan otot vagina, mengembalikan bentuk payudara dan punggung menjadi lebih padat dan anajal.
  • Bertindak sebagai agen anti-kedutan kulit bagi yang sudah berusia
  • Menggalakkan pertumbuhan rambut, menguatkan akar rambut dan menghitamkan rambut.
  •  Mengurangkan masalah katarak
  •  Membantu meningkatkan minda
  • Meningkat tenaga dan kecerdasan, memudahkan pergerakan tubuh.
  • Meningkatkan kadar libido yang berkurangan disebabkan proses penuaan.
  • Membantu meningkatkan kelancaran pengaliran darah
  • Mengurangkan masalah  tidur tidak nyenyak
  • Membantu mengurangkan kadar LDL kolesterol
  • Dapat membantu mengurangkan risiko penyakit yang berkaitan dengan cardiovaskular (penyakit jantung)


Khasiat Habatussauda
  • Kandungan nutrisinya yang lengkap antara kandungannya iaitu protein, karbohidrat, kalsium, zat besi, sodium, potassium, asid amino dan vitamin. Kandungan nutrisi yang lengkap dapat membantu menjaga daya tahan tubh dan menambahkan tenaga. Kandungan asid amino yang tinggi dapat berfungsi dalam penjagaan berat badan.
  • Penguat sistem kekebalan tubuh; mengandungi karotin yang mampu melumpuhkan radikal bebas penyebab kanser dan penyakit lain yang berhubungan dengan sistem kekebalan.
  • Anti-histamin; mengandungi crystalline nigellon dan arganine, sebagai penstabil sistem imunisasi tubuh. Membantu merawat penyakit asma, bronchitis, batuk, resdung dan selsema.
  • Mengubati tumor; diperkaya dengan kandungan asid amino yang merupakan komponen aktif merangsang sumsum tulang dan menghasilkan sel-sel normal terhadap virus yang merosak sekaligus mencegah tumor dan kanser.
  • Antibakteria; kajian membuktikan minyak habatussauda paling efektif melawan bakteria. Penyelidikan membuktikan ia dapat merawat gangguan sistem perncernaan, cirit-birit, muntah-muntah, masalah perut, sembelit, cacing dan alahan.
  • Menambahkan susu badan. Kombinasi asid lemak dan struktur hormon yang terdapat dalam minyak habatussauda melancarkan air susu ibu.
  • Meningkatkan bioaktif hormon dan menambah kecergasan mental, seksual dan pelbagai aktiviti.
  • Meningkatkan daya ingatan dan konsentrasi
  • Mengatasi gangguan tidur dan stress
  • Menghancurkan batu karang, mencegah dan mengubati batu hempedu, gastrik dan gout.


Fungsi Coenzyme Q10
  • Merupakan bahan penting dalam fungsi enzim yang besar dan kompleks.
  • Didapati secara semulajadi dalam semua sel-sel badan terutamanya jantung, hati, buah pinggang dan pankreas.
  • Coenzyme Q10 digunakan oleh tubuh bagi menukarkan makanan kepada adenosine triphosphate(ATP) iaitu tenaga yang diperlukan oleh badan dalam pembentukan dan penjagaan sel.
  • Kajian menunjukkan bahawa penurunan co-Q10 berkait rapat dengan peningkatan usia.
  • Antara fungsi co-Q10 ;
    1. Meningkatkan kecekapan dalam menghasilkan tenaga
    2. Menambah kekuatan sistem imunisasi
    3. Menolong mengurangkan tekanan darah tinggi
    4. Menambahkan keberkesanan proses penurunan berat badan
    5. Merupakan antioksidan yang mujarab dan membantu dalam proses penyahtoksidan
    6. Menolong melambatkan proses penuaan
    7. Menambahkan kekuatan otot jantung, melegakan gangguan aliran daah ke/dari jantung
    8. Menolong memulihkan masalah tisu gusi.

Fungsi Gluthathione
  • Merupakan sejenis antioksidan yang dihasilkan oleh badan melalui hati. Glutathione juga banyak ditemui dalam mitokondria (kilang tenaga sel) dan antara sel-sel yang memiliki kadar mitokondria tertinggi ialah sperma, sel otot, sel jantung dan sel otak.
  • Kebaikan glutathione bukan sahaja terhad dalam penghasilan tenaga namun ia juga bertindak sebagai antioksidan terunggul.
  • Peranan Glutathione
    1. Berupaya mencegah pernuaan kulit akibat pancaran UV. Selain itu ia berfungsi mencegah jeragat, jerawat dan bintik-bintik hitam serta terbukti berkesan sebagai agen pemutih badan.
    2. Glutathione juga berperanan penting memaksimakan pertahanan sel terhadap pengaruh radikal bebas dan Glutathione bekerja lebih baik dari bahan antioksida lain seperti Vitain C dan E.
    3. Bertindak sebagai agen penurun dalam mengitar semula antioksidan-antioksidan serta sel-sel badan yang hampir musnah, kehilangan proton (antara struktur sel/antioksidan) serta bertindak sebagai pelindung radikal bebas yang kuat.
    4. Glutathione meningkatkan imunisasi, mendetoksifikasi, antioksidan dan meregenerasi sel, sehingga keseimbangan sistem kekebalan tubuh dan sistem saraf menjadi lebih baik.


Fungsi Vitamin B6
  • Vitamin B6 juga dikenali sebagai piridoksin. Sumbernya boleh didapati dari bijiran yang tidak dikilatkan serta ragi.
  • Fungsi
    1. Penting untuk penghasilan seratonin yang merupakan saraf otak yang mengawal emosi, selera, corak tidur dan sensitiviti terhadap rasa sakit.
    2. Penting dalam penyelarasan sistem imunisasi tubuh.
    3. Menjaga kesihatan kulit, tisu otot dan sistem saraf.
    4. Membantu pembebasan tenaga daripada protein
    5. Pembentukan haemoglobin yang membentuk sel darah merah
    6. Membantu meningkatkan oksigen yang dibawa oleh haemoglobin
    7. Membantu keseimbangan gula dalam darah
    8. Menjaga kesihatan kulit, tisu otot dan sistem saraf.


Fungsi Vitamin B12
  • Juga dikenali sebagai sianokobalamin. Sumbernya paling banyak boleh didapati dari kerang, ikan, hati, ginjal, daging, telur dan susu.
  • Fungsi vitamin B12
    1.  Menghasilkan sel darah merah
    2.  Membantu fungsi ingatan
    3.  Membantu fungsi pertahanan sistem saraf
    4.  Perlu bagi pembahagian sel



Secara keseluruhannya, keyakinan diri anda akan bertambah dengan mengamalkan BIDADARI EXTRA ORDINARY ( XO ) kerana ;
    1. Dapat memberikan kesan semulajadi bagi kesihatan dalaman wanita serta membantu mengekalkan kecantikan jasmani disamping menyerlahkan lagi sifat-sifat keayuan setiap wanita.
    2. Digunakan untuk memperkuatkan, menegangkan dan mengecutkan kembali otot faraj dan rahim yang hilang ketegangannya akibat proses penuaan ataupun selepas bersalin.
    3. Dapat mengembalikan kesihatan peranakan anak dara dan wanita berkahwin yang lemah dan pelbagai masalah sakit puan seperti senggugut, keputihan dan jangkitan kuman.
    4. Memberi kesegaran intim serta menghilang bau yang kurang menyenangkan disebabkan masalah keputihan berlebihan.
    5. Mempunyai kesan penegangan yang begitu istimewa dan dapat mengembalikan sensasi dan keberahian semasa hubungan kelamin. Merupakan salah satu sumber tenaga dan dapat mengembalikan kecerdasan tubuh badan.
    6. Dapat mengembalikan bentuk tubuh badan seperti anak dara, mengencangkan payudara dan menghilangkan masalah perut buncit.
    7. Mencantikkan kulit dan menjadikkannya lebih cerah dan licin.
    8. Mengembalikan dan mengekalkan kesejahteraan dan keharmonian rumahtangga.


Cara pengambilan ;


2 sudu besar 3 kali sehari untuk 3 hari pertama, seterusnya 2 sudu besar 2 kali sehari.


Harga Sebenar RM 128, tapi....


PROMOSI GEMPAK LAGI MAHA SYOK UNTUK ANDA ! BELI 2 BIDADARI XO, ANDA DAPAT MANYAK PERCUMA ! Terus tekan telefon anda SMS/ Whatsapp As, 014-2297656 @ emelkan ke asmidarhanan86@gmail.com




With Love,
Hanan Asmidar

Tuesday, 10 September 2013

Aduhai Menopaus..



Assalamualaikum.

Pastinya sebagai seorang wanita, menopaus adalah hal yang tidak boleh dielakkan. Lambat atau cepat, wanita akan berhadapan dengan terhentinya kitaran haid dimana ovari tidak lagi mengeluarkan telur yang menyebabkan mereka tidak lagi boleh hamil.



Wanita yang bakal mengalami menopaus akan menghadapi gejala-gejala yang menyebabkan mereka kurang selesa, memakan masa sehingga bertahun-tahun. Antara gejala menopaus yang dirasai ialah kepanasan bermula dari dada, naik ke muka dan kepala, berpeluh pada waktu malam sehingga menyebabkan sukar untuk tidur. Akibatnya, wanita terbabit pening dan murung, cepat marah dan sensitif pada keesokan harinya.



Selain itu, wanita terbabit juga mungkin mengalami kekeringan pada bahagian faraj, sakit badan, sakit tulang,dan sendi, ketidakstabilan emosi seperti hendak menangis dan ingin bersendirian. Kebiasaanya, wanita tidak menyedari dirinya sedang melalui fasa menopaus. Selain dari gejala menopaus, wanita terbabit juga mengalami masalah lain seperti tulang rapuh, kulit kering, berkedut dan gatal-gatal, sukar mengawal pundi kencing dan mudah terkencing ketika batuk serta bermasalah dengan koronari jantung.

Untuk mengatasi semua itu, wanita yang mengalami gejala menopaus akan menjalani rawatan terapi penggantian hormon (HRT). Terapi ini berbeza mengikut keadaan wanita tersebut, samaada mempunyai uterus atau tidak.

Produk DCL apa yang boleh bantu As ? 

Alhamdulillah, produk DCL yang boleh membantu wanita yang sedang mengalami gejala menopaus ialah Bidadari dan Q-She. Opss..dan untuk mereka yang tidak pernah servis usus, please please please anda perlu consume Nuclonz dahulu. Yela, usus yang kotor opkos akan menyebabkan Bidadari dan Q-She sukar dan amik masa untuk membantu anda. 

Lecehnya As, sampai 3 produk nak makan, nanti tak ingat..Takpe, As nak perkenalkan produk baru DCL yang hebat, Bidadari Xtra Ordinary ! Bidadari XO bukan Bidadari sebarang, kandungannya fuhhhh..mantap !! Ada tambahan Gluthathione, Q-10, Pueraria mirifica lagi. 

Bahan-bahan dalam Bidadari Xtra Ordinary


Kelebihan Bidadari Xtra Ordinary

Berminat untuk mencuba?

Hubungi As segera di talian 014-2297656 atau emelkan ke asmidarhanan86@gmail.com

Wednesday, 28 August 2013

PROMOSI MERDEKA !!




Taraaaaa...ini dia PROMOSI MERDEKA yang As janjikan.



Yummy..sedapnyeeee...


Pembelian 2 unit Red Guara Cafe pada harga RM 50.00 sahaja (Harga Biasa RM 28.80 x 2 = RM57.60)

ANDA BAKAL MENDAPAT







OPSSSS...

Terhad untuk 100 pemilik Privilege Card yang pertama SAHAJA !


Cepat rebut peluang untuk merasai dan menikmati KELAZATAN RED GUARA CAFE !




Klik sini untuk mengetahui info terperinci Red Guara Cafe






Berminat untuk mencuba?

Hubungi As segera di talian 014-2297656 atau emelkan keasmidarhanan86@gmail.com


With Love, 
Hanan Asmidar

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI



Assalamualaikum.

Klakor rasanya baru nak ucap, tapi nak ucap jugak ! SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAFKAN AS ATAS KESILAPAN AS SEPANJANG BERKENALAN DENGAN AS YE ! 


                    

As betul-betul mintamaaf, atas ke'bz'an yg kekonon ini melanda, As kadang-kadang terlepas pandang membalas SMS atau Whatsapp anda semua. Kalau As tak balas, please-please ampunkan As, dan dial no telefon As. 


                     

Terima kasih semua sudi membaca coretan blog As sehingga mencatat 20 720 orang pengunjung ! Memang tak pernah As sangka..syukur alhamdulillah..Terima kasih sangat-sangat kepada anda semua dan untuk menghargai anda semua, insyaAllah As akan lancarkan PROMOSI MERDEKA ye !


With Love,
Hanan Asmidar

Thursday, 11 July 2013

Dushhhhhh Stres !



Assalamualaikum.

Alhamdulillah, hari ni dah masuk hari ketiga kita berpuasa di bulan Ramadhan. Macam mana dengan puasa kawan-kawan semua ? Terawih dah ada yg miss ke ? hehe..Haa..kita berpuasa ni bukan hanya berpuasa lapar dan dahaga je tau, tp tutur kata, kawalan amarah dan byk lg. Bukan apa, As perasan bila dah start Ramadhan ni macam ramai je yg cepat marah n naik angin kan, betul tak? Untuk membantu anda membuang dan "membelasah" rasa amarah tu, scroll down kat bawah ye. 

Kisah 1


Timah ingin putuskan hubungan dengan boyfriend omputihnya melalui surat. 

Suratnya berbunyi begini:-

Hi,
My motive write dis letter to giv know u something. 
I want to CUT CONNECTION us. 
I saw u PLAY WOOD THREE in front my eyes.
So, I break connection to PULL MY BODY 
from dis luv. I hav think about dis very COOK-COOK.
I know I CLAP 1 HAND only. 
I don trust u again! U are really CROCDILE LAND!
I don want u to PLAY-PLAY with my LIVER.
I hav been crying until no more eye water.
I don want BANANA TO FRUIT 2 TIMES.
SAFE WALK!


The true,
Timah

Terjemahan ayat Huruf Besar:

CUT CONNECTION - PUTUS HUBUNGAN
PLAY WOOD THREE - MAIN KAYU TIGA
PULL MY BODY - TARIK DIRI
COOK-COOK - MASAK-MASAK
CLAP 1 HAND - TEPUK SEBELAH TANGAN
CROCDILE LAND - BUAYA DARAT
BANANA TO FRUIT 2 TIMES - PISANG MASAK 2 KALI
SAFE WALK - SELAMAT JALAN




Kisah 2



Seorang lelaki berusia lima puluhan tahun baru sahaja kematin

isteri akibat penyakit kronik. Kemudian datang beberapa tawaran
dari orang tertentu menawarkan beberepa perempuan untuk dijadikan
isteri baru dan teman hidup barunya. Alasan mereka beliau perlu
berkahwin semula memandangkan anak -anaknya sudah besar malah
tinggal jauh di Bandar dan tiada orang yang akan menjaga makan,
minum, sakit, pening si duda itu.

Setelah meminta tempoh dan berfikir sedalam- dalamnya dia pun
bersetuju untuk berkahwin.

Selepas memilih dan beberapa orang calon isteri yang ditawarkan
oleh orang kampong maka dia pun berkahwin dengan seorang perempuan
yang agak muda berusia dalam lingkungan dua puluh lima tahun.

Selepas majlis pernikahan mereka pun hidup bersama seperti
pengantin baru yang lain.... ...

Isteri barunya sering ke surau pada setiap petang khamis mengikuti
kuliah agama yang sering diadakan secara mingguan dengan pesyarah
jemputan yang diundang khas mengajar agama di kampong tersebut.

Suatu petang selepas pulang dari kuliah agama di surau dia
menceritakan apa yang didengarnya dalam kuliah tersebut. "Abang,
abang nak tau tak, ustaz kata bila suami dan isteri itu bersatu/
bersetubuh kannn abang kann dengan cara yang betul dan menjaga
syarat yang betul maka pasangan tersebut akan mendapat pahala sama
seperti membunuh 10 ekor atau beberapa ekor syaitan". Kata si suami
"yerr kerr. Tak apa malam ni malam Jumaat, masa yang sesuai utuk
bunuh syaitan kann, betul tak sayanggg" sambil ketawa. Isteri hanya
tersenyum panjang.

Selang dua hari kemudian, siisteri berkata "banggg, jom kita bunuh
syaitan... bang". Si suami tersenyum panjang. Selang dua hari
kemudian, si isteri berkata "banggg, jom kita bunuh syaitan...
bang". "tak pe...tunggula malam". Esoknya si isteri berkata
"banggg, jom kita bunuh syaitan... bang". Si suami diam sambil
mengangguk lemah.

Esoknya siisteri berkata "banggg, jom kita bunuh syaitan... ".

Si suami tiba - tiba marah dan berkata ..........

"Ayang nie nak bunuh syaitan ke nak bunuh abang"





With Love,
Hanan Asmidar