ASSALAMUALAIKUM DARI AS ~

Terima kasih sudi singgah di blog As. Yang elok tu, sudi sudikanlah share ye dengan kawan-kawan yang lain.

As boleh dihubungi di 014-229 7656. Terima kasih sekali lagi =)

Monday 20 May 2013

Mengapa Lelaki Tidak Subur ?




Assalamualaikum

Masalah tidak mendapat zuriat bagi pasangan yang berkahwin walaupun usia perkahwin telah mencecah bertahun lamanya semakin bertambah. Tidak mendapat zuriat bukan hanya semata berpunca dari isteri sahaja sebaliknya melibatkan kedua-dua belah pihak. Kedua-duanya perlulah merujuk doktor terlebih dahulu untuk mengesahkan masalah kesuburan mereka supaya mereka dapat dibantu.

Suami isteri perlu merujuk doktor terlebih dahulu, bukan saling menyalahkan hingga menghambarkan perhubungan suami isteri

Untuk lelaki, punca utama masalah kesuburan adalah disebabkan testis yang tidak normal. Punca yang lain adalah seperti duktul tersumbat, masalah kelenjar aksesori yang menghasilkan cairan seminal, gangguan hormon, teknik hubungan seks yang kurang berkesan dan faktor psikologi. Masalah testis tidak normal berlaku apabila testis tidak turun ke skrotum dan jangkitan beguk merupakan punca utama infertiliti.

Punca lain yang dikenal pasti adalah seperti proses inflamasi yang berlaku daripada jangkitan atau kecederaan pada testis. Pengembangan vena varikosel dalam skrotum boleh mengurangkan bilangan dan motiliti sperma. Sesetengah bahan kimia dan ubat-ubatan boleh mengakibatkan kegagalan fungsi testis. Keadaan ini biasanya terjadi selepas penggunaan ubat yang dipanggil sitotoksik untuk rawatan kanser terutamanya kanser darah atau kanser kelenjar testis. Terapi kesan radiasi atau x-ray ke atas testis juga boleh menyebabkan infertiliti dengan merosakkan tubul seminiferous. Sperma tidak boleh dihasilkan apabila saluran duktus yang tersumbat. Hal ini terjadi akibat jangkitan gonorea, atau sesetengah lelaki memang dilahirkan dengan saluran duktus yang sempit. Kelenjar-kelenjar seperti kelenjar seks aksesori dan menyumbang ke arah pembentukan air mani. Sekiranya kelenjar-kelenjar ini turut dijangkiti, maka sperma tidak normal akan terhasil. Selalunya masalah kawalan hormon menyebabkan hormon perangsang folikel dan hormon peluteinan yang dihasilkan tidak mencukupi.




Hubungan seks yang tidak normal apabila penetrasi yang kurang berjaya, lelaki yang mati pucuk atau disfungsi ereksi dan bukaan zakar yang tidak berada dihujung. Masalah kawalan otot pada bahagian bawah zakar menyebabkan air mani diejakulasi ke dalam pundi kencing atau dikenal juga sebagai retrograde ejaculation. Masalah psikologi, masalah kesihatan atau stres juga mengganggu penghasilan air mani. Gangguan emosi boleh merencatkan penghasilan hormon dan pengaliran darah ke testis. 

Secara purata, amaun air mani yang diejakulasi oleh seorang lelaki sebanyak 1 hingga 4 milimeter. Biasanya lebih daripada 50 juta sperma yang terkandung setiap 1 milimeter. Sekiranya kepekatan sperma kurang daripada 20 juta per milimeter, peluang untuk hamil berkurangan. Selain itu, bilangan sperma yang mampu untuk bergerak juga sangat penting. Bagi lelaki yang subur, sekurang-kurangnya 50 % sperma yang mampu bergerak aktif. Semasa analisis air mani dijalankan, sperma yang bergerak dalam garisan lurus diperhatikan. Sekurang-kurangnya 25% sperma yang bergerak secara progresif. Aspek lain yang dilihat ialah morfologi sperma. Apabila dilihat dibawah mikroskop, sperma manusia yang normal mempunyak kepala bujur dan ekor. Sperma yang normal hendaklah merangkumi sebanyak 30% daripada keseluruhan sperma. Jika peratusan abnormal melebihi 75%, kualiti kesuburan akan merosot.




Bantulah suami anda atau mungkin anda ialah suami, dengan bantuan Aduka. Aduka merupakan minuman berfungsi yang dirumus khas untuk lelaki, bagi mengembalikan daya dan ketahanan. Mengandungi komposisi Tongkat Ali, Akar Ginseng, Ubi Jaga, Sireh, Ekstrak Kurma dan lain-lain. 


Aduka sangat berkesan bagi membantu
  • Tonik segera untuk tenaga lelaki
  • Melancarkan perjalanan darah
  • Menstabilkan tekanan darah
  • Menguatkan sistem imun
  • Melegakan sakit urat dan sakit pinggang
  • Kaya dengan bahan antioksida
  • Membantu untuk awet muda
  • Mengurangkan tekanan mental
  • Mengelakkan masalah kardiovaskular
  • Menambahkan kepekatan air mani

ATAU....




ADUKA XTRA ORDINARY dengan tambahan herba yang digunakan pastinya membuatkan anda sangat berpuas hati !





Jangan segan silu, hubungi As di 014-2297656 untuk dapatkan produk pilihan anda =p




Artikel dipetik dari Mingguan Malaysia 05 Mei 2013 ruangan Soal Jawab Doktor oleh Prof. Dr. Nik Hazlina Nik Hussain

No comments:

Post a Comment