ASSALAMUALAIKUM DARI AS ~

Terima kasih sudi singgah di blog As. Yang elok tu, sudi sudikanlah share ye dengan kawan-kawan yang lain.

As boleh dihubungi di 014-229 7656. Terima kasih sekali lagi =)

Saturday 6 December 2014

Alamak, dah tuo eden =(



Assalamualaikum semua.

Hari nih 6 Disember 2014, maka genapla usia As 28 tahun. Alhamdulillah.

Wish la jugak even dah 28 tahun. Tq google for pic =)

Dua puluh lapan ? Grrrr..suda tua la. Rasa macam baru semalam habis SPM. Haishh..cepatnya masa berlalu kan. Yang tak bestnya orang yang lahir bulan Disember ni kan, dia tambah umur terus 2 tahun. Tak paham? Ini contohnya.

6/12/2014 = Umur 28 tahun
1/01/2015 = Umur 29 tahun

Nampak tak ? Hanya 25 hari je umur 28 tahun dah naik 29 tahun. Oh, Kuterasa ketidakadilan ituh berlaku setiap tahun padaku. Nanges. 

Yang agak menarik bila dah masuk 28 nih, dah takde nak sedeh-sedeh tak sambut birthday. Family As nih memang suka dan selalu sambut hari jadi nih. Memang setiap bulan ada je menyambutkan. Sebenarnya, ni salah satu cara untuk eratkan silaturrahim kami sekeluarga dan satu lagi untuk wujudkan rasa dihargai sesama ahli keluarga. Jadi bila dah biasa sambut birthday, memang As akan rasa sedeh giler kalo tak dapat sambut. Serius. Tapi tahun ni agak berlainan. Adakah faktor tua atau faktor apa? Hmm..

Dalam takde plan nak sambut, As dikejutkan dengan kek dari budak rumah As nih yang sesaja SWEETO D AMOS pulak bila buat suprise pukul 12.15 tengah malam.Terharu la,huhu..


Cenonet ja bekas nya sebab kami semua kureng makan kek. Cenonet bukan sebarang, sedapnya hingga jilat-jilat sudu. Lembut sangat bila masuk mulut. Boleh dapatkan di PKNS Bangi =)


Thank you Nadia tukang sponsor kek, tq Liza for the planning tapi takpela Liza takde coz menjaga kakaknya yang kena admit due to dengue. Tq jugak kat Sha, teman akak kat rumah hari ni siap masak lagi. Sardin pon sardin lah, nama pon rumah sewa. =p

Pejam celik pejam celik, masa cepat je meninggalkan kita. Bila flashback balik kan, terfikir 2 3 jenak, apalah yang dibuat dengan masa yang dah berlalu. Bermanfaat ke masa yang kita gunakan. Masa start bulan 10 hari tu, asik nyanyi lagi Demi Masa yang dipopularkan oleh kumpulan nasyid Raihan. Sape ingat lagi ? Jom kita nasyid sama-sama.

Demi Masa,
Sesungguhnya manusia kerugian,
Melainkan,
Yang beriman dan yang beramal soleh.


Menusuk ke jantung betul lirik. Titik-titik keinsafan memang mula merajai hati. Rasa macam nih dalam hati. Kalaulah ditakdirkan aku mati esok, apa yang aku nak jawab kat Allah nih. Macam mana nasib aku dalam kubur sementara tunggu Hari Kebangkitan. Adoii..sakitnya kena pukul dengan Malaikat Munkar Nakir. 

Pernah tak korang rasa macam ni ? Cer share sikit =)


With Love Soxmo,
Hanan Asmidar


No comments:

Post a Comment