ASSALAMUALAIKUM DARI AS ~

Terima kasih sudi singgah di blog As. Yang elok tu, sudi sudikanlah share ye dengan kawan-kawan yang lain.

As boleh dihubungi di 014-229 7656. Terima kasih sekali lagi =)

Monday 25 August 2014

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin



Assalamualaikum.

Lama betul nampaknya As tak update pape kan..puasa tak wish, tup-tup raya dah nak habis pon esok. Sebelum tu, As nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN. 



As balik kampung dua minggu sebelum raya, ada hal tertentu dan masih lagi berada di kampung sehingga sekarang. Ramai yang call As, alhamdulillah yang bertanyakan produk dan meminta khidmat rundingan. Buat masa sekarang, segala urusan pos akan diuruskan oleh kawan As. As masih terima order, cuma akan menjadi lewat pos dalam sehari hingga dua hari. Maaf ye atas kelewatan ini. As bersyukur dikurniakan kawan-kawan yang sanggup membantu As di kala kesusahan ini..ceeee...Ada pelanggan As yang memahami, namun ada yang tak. Biasalah, adat berniaga kan. Ada masa pasang, ada masa surutnya.

Terima kasih banyak-banyak pada pelanggan-pelanggan As yang setia bersama, yang selalu repeat order. Yang kelakar, ada jugak yang tanya As, ada tak ubat kurus. haha..As selalu akan jawab, kalau ada untuk kurus, As lah orang pertama nak try, jadik testimoni pon boleh. haha..Nampaknya, kata-kata As dipermudahkan Allah, mohon doa kalian semua tau. InsyaAllah, As baru je nak mencuba satu produk nih. Dah ramai yang berjaya kurus, As pon insyaAllah sedang beransur-ansur mengecut. Tapi belumla lagi KURUS. Sampai masanya As share ye pasal produk tu..

Sekian sahaja potpet As, rasanya As banyak je nak menulis. 


Salam sayang dari,
Hanan Asmidar


No comments:

Post a Comment