ASSALAMUALAIKUM DARI AS ~

Terima kasih sudi singgah di blog As. Yang elok tu, sudi sudikanlah share ye dengan kawan-kawan yang lain.

As boleh dihubungi di 014-229 7656. Terima kasih sekali lagi =)

Wednesday 15 August 2012

Sebuah Kehilangan


" Kakak, mek tak dop dah! "..adik lelaki ku mengejutkanku untuk sahur (loghat Kelantan)


As terkedu, rasa sentap.



Sahur yang suram bersama abang, adik, kak ipar, anak saudara seramai tiga orang dan ketika itu mama dan abah lewat bersahur. Tak tahu bagaimana nak sampaikan pada abah.



Abah masih baru lagi kehilangan kakaknya, tahun lepas dan itu pun lama masa diperlukan untuk dia pulihkan semangatnya. Rasa cinta yang mendalam pada adik-beradik dieratkan oleh kesusahan dan kemiskinan semasa kecil. Dan hari ni, satu-satunya kakak yang dipunyai sekarang juga telah menyahut seruan Ilahi. Mek, panggilan untuk mak saudaraku. Dia yang paling sulung, telah pun berusia 80 lebih tapi seorang yang cergas dan yang penting, langsung tak nampak dimamah usia. Sesiapa memandang pasti mengatakan dia baru berusia 50-an. As rapat dengan Mek, wajahnya saling tak tumpah arwah nenek. Memandangnya pasti menggamit memori bersama arwah nenek As yang telah meninggalkan kami semua ketika As berusia 6 tahun. Semuanya hilang, pergi meninggalkan kenangan indah buat As.




Tiba di rumah Mek, terus As menuju untuk melihat jenazah. Wajah manis, senyum, seperti sedang tidur yang nyenyak. As capai Yassin, beulang kali membacanya sambil menyeka airmata. Alhamdulillah, Mek pergi dengan cara senang, tanpa sakit yang lama. Mek telah berpesan, dia tak sempat sambut raya. Dan syukur, Mek telah khatam Quran di bulan Ramadhan sebelum pergi. Mek, insan yang terlalu baik. Abah, seorang lelaki yang terlalu menyayangi pengganti ibunya, tewas dengan kehilangan ini. As memujuk diri. Teringat lagu Semua Allah Punya. Iya, Mek pergi menghadap PenciptaNya, As redha. Semoga Mek ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. Kakak akan sentiasa menyayangi Mek dan menyimpan memoir indah bersama.







No comments:

Post a Comment