ASSALAMUALAIKUM DARI AS ~

Terima kasih sudi singgah di blog As. Yang elok tu, sudi sudikanlah share ye dengan kawan-kawan yang lain.

As boleh dihubungi di 014-229 7656. Terima kasih sekali lagi =)

Monday 13 August 2012

Semua Allah Punya - Konvensyen DCL



Assalamualaikum dan Selamat Pagi Kawan-kawan..


Pada tarikh bersejarah, 14 Julai 2012 yang lepas telah berlangsung dengan jayanya Konvensyen DCL yang ke 15 dimana menyaksikan 4 orang tau dari Team Globaline ditandu sebagai CROWN AMBASSADOR. Fuhhh..untung tau As pon dari Team ni, insyaAllah tahun depan turn As ditandu, KOMPEM!


BARISAN CROWN AMBASSADOR HEBAT, CA AZRUL, CA RIZAL, CA YATIM DAN CA JULARA
Hari ni As nak share tentang persembahan masa Hari Konvensyen. Ini merupakan kali kedua As dapat bertentang mata dengan Iwan Syahman. Masa first dulu As dok seat paling depan tp masa tu kat Putrajaya and takla seminat sekarang, hehe..As sangatlah tertarik dengan lirik lagu terbaru beliau, Semua Allah Punya. 

Beza kan Iwan dulu dan sekarang?



Lirik yang menyentuh hati. SERIUSSS..Bila As hayati liriknya, As teringat apa yang pernah terjadi dalam hidup As yang mana masih berbekas rasa marah atau kecewa..dan rupanya menyelinap rasa dalam hati, kenapa perlu rasa macam tu sebab semua ni SEMUA ALLAH PUNYA! 


Lihatlah gunung yang tinggi,
Subhanallah itu Allah yang punya,
Lihatlah pantai yang indah,
Subhanallah itu Allah yang punya,

Tiada yang engkau punya, 
Semuanya Allah punya,
Tiada yang engkau punya,
Semuanya Allah yang punya,

Lihatlah burung yang terbang,
Subhanallah itu Allah yang punya,
Lihatlah bunga yang mekar,
Suhbanallah itu Allah yang punya,

Kau lihat bukan kau punya,
Itu semua Allah yang punya,
Kau dengar bukan kau punya,
Itu semua Allah yang punya,

Dari itu janganlah sombong, 
Janganlah riak serta irihati,
Dunia hanya pinjaman sementara,
Akhirnya kembali kepadaNya


Subhanallah..Kenapa As perlu kecewa? Marah? Sedih? Kenapa perlu riak? Sombong dengan kelebihan diri? Rasa bangga diri?? Tiada satu pun hak As, semua ni keindahan sementara yang dipinjamkan kepada As dan apabila diambil dari As, As patut bersyukur kerana Allah telah pinjamkan pada As dan Allah tinggalkan dalam bentuk kenangan. Ya Allah, sentap sangat rasa dalam hati. Rasa rendahnya diri As ini, kerdil je diri ni. Aku bersyukur padaMu ya Allah atas setiap dugaanMu, kurniaanMu, anugerahMu..Terima kasih Iwan Syahman, melalui lagu ini Allah telah mengurniakan rasa keinsafan ini.. Jom kita hayati lagu ni ye~ Klik sini eh~

Iwan bersama Pengasas DCL, Dato Dr. Stapa Hj. Omar 


Suara yg merdu memuji kebesaran Allah,
Subhanallah~
 



No comments:

Post a Comment