ASSALAMUALAIKUM DARI AS ~

Terima kasih sudi singgah di blog As. Yang elok tu, sudi sudikanlah share ye dengan kawan-kawan yang lain.

As boleh dihubungi di 014-229 7656. Terima kasih sekali lagi =)

Thursday, 11 July 2013

Dushhhhhh Stres !



Assalamualaikum.

Alhamdulillah, hari ni dah masuk hari ketiga kita berpuasa di bulan Ramadhan. Macam mana dengan puasa kawan-kawan semua ? Terawih dah ada yg miss ke ? hehe..Haa..kita berpuasa ni bukan hanya berpuasa lapar dan dahaga je tau, tp tutur kata, kawalan amarah dan byk lg. Bukan apa, As perasan bila dah start Ramadhan ni macam ramai je yg cepat marah n naik angin kan, betul tak? Untuk membantu anda membuang dan "membelasah" rasa amarah tu, scroll down kat bawah ye. 

Kisah 1


Timah ingin putuskan hubungan dengan boyfriend omputihnya melalui surat. 

Suratnya berbunyi begini:-

Hi,
My motive write dis letter to giv know u something. 
I want to CUT CONNECTION us. 
I saw u PLAY WOOD THREE in front my eyes.
So, I break connection to PULL MY BODY 
from dis luv. I hav think about dis very COOK-COOK.
I know I CLAP 1 HAND only. 
I don trust u again! U are really CROCDILE LAND!
I don want u to PLAY-PLAY with my LIVER.
I hav been crying until no more eye water.
I don want BANANA TO FRUIT 2 TIMES.
SAFE WALK!


The true,
Timah

Terjemahan ayat Huruf Besar:

CUT CONNECTION - PUTUS HUBUNGAN
PLAY WOOD THREE - MAIN KAYU TIGA
PULL MY BODY - TARIK DIRI
COOK-COOK - MASAK-MASAK
CLAP 1 HAND - TEPUK SEBELAH TANGAN
CROCDILE LAND - BUAYA DARAT
BANANA TO FRUIT 2 TIMES - PISANG MASAK 2 KALI
SAFE WALK - SELAMAT JALAN




Kisah 2



Seorang lelaki berusia lima puluhan tahun baru sahaja kematin

isteri akibat penyakit kronik. Kemudian datang beberapa tawaran
dari orang tertentu menawarkan beberepa perempuan untuk dijadikan
isteri baru dan teman hidup barunya. Alasan mereka beliau perlu
berkahwin semula memandangkan anak -anaknya sudah besar malah
tinggal jauh di Bandar dan tiada orang yang akan menjaga makan,
minum, sakit, pening si duda itu.

Setelah meminta tempoh dan berfikir sedalam- dalamnya dia pun
bersetuju untuk berkahwin.

Selepas memilih dan beberapa orang calon isteri yang ditawarkan
oleh orang kampong maka dia pun berkahwin dengan seorang perempuan
yang agak muda berusia dalam lingkungan dua puluh lima tahun.

Selepas majlis pernikahan mereka pun hidup bersama seperti
pengantin baru yang lain.... ...

Isteri barunya sering ke surau pada setiap petang khamis mengikuti
kuliah agama yang sering diadakan secara mingguan dengan pesyarah
jemputan yang diundang khas mengajar agama di kampong tersebut.

Suatu petang selepas pulang dari kuliah agama di surau dia
menceritakan apa yang didengarnya dalam kuliah tersebut. "Abang,
abang nak tau tak, ustaz kata bila suami dan isteri itu bersatu/
bersetubuh kannn abang kann dengan cara yang betul dan menjaga
syarat yang betul maka pasangan tersebut akan mendapat pahala sama
seperti membunuh 10 ekor atau beberapa ekor syaitan". Kata si suami
"yerr kerr. Tak apa malam ni malam Jumaat, masa yang sesuai utuk
bunuh syaitan kann, betul tak sayanggg" sambil ketawa. Isteri hanya
tersenyum panjang.

Selang dua hari kemudian, siisteri berkata "banggg, jom kita bunuh
syaitan... bang". Si suami tersenyum panjang. Selang dua hari
kemudian, si isteri berkata "banggg, jom kita bunuh syaitan...
bang". "tak pe...tunggula malam". Esoknya si isteri berkata
"banggg, jom kita bunuh syaitan... bang". Si suami diam sambil
mengangguk lemah.

Esoknya siisteri berkata "banggg, jom kita bunuh syaitan... ".

Si suami tiba - tiba marah dan berkata ..........

"Ayang nie nak bunuh syaitan ke nak bunuh abang"





With Love,
Hanan Asmidar


Tuesday, 9 July 2013

Marhaban Ya Ramadhan



Assalamualaikum.

Syukur alhamdulillah, bertemu lagi kita dengan Ramadhan pada tahun ni. As mengucapkan selamat menyambut Ramadhan yg mulia kepada semua sahabat-sahabat serta pembaca blog As, terima kasih kerana sudi singgah dan menghubungi As. =)

Semoga Ramadhan kali ini kita akan mempertingkatkan amalan kita dengan amalan-amalan sunnah seperti solat Terawih, baca dan dalami Al-Quran sehingga khatam, solat-solat sunat yg lain. Selama 11 bulan kita asyik dengan kesibukan dunia dan satu bulan yang dipanggil Ramadhan adalah bulan penuh rahmat, penuh berkat untuk kita fokuskan utk bekalan akhirat kita. 

Cakap yg sunat ni, yang wajib tu janganla dilupakan pulak ye. Puasa je tak guna tau kalau kita tak solat lima waktu. Kawan-kawan yang baru nak belajar cukupkan solat, amikla peluang Ramadhan ni untuk berlatih solat pada setiap waktu k. Dunia hanya sementara, yg kekal nun di alam sana bersandarkan bekalan amalan di dunia.

With love,
Hanan Asmidar

Monday, 8 July 2013

SEMUA NI SALAH DIA ! SAYA TAK SALAH !



Assalamualaikum.

Wowww..hot topic..semua ni salah dia kan dan saya tak salah, uish..yeke? Adoi, apa kena mengena ni As salah-salah ni. Yes, ada kena dan terkena lagi mengenanya, dan ia melambangkan keperibadian diri anda dan pemikiran anda. 


Perbezaan orang yang mempunyai fikiran positif dan negatif tergambar di wajah


Perasan atau perasan, kita suka untuk salahkan orang lain atas apa yg terjadi even kesalahan tu terang lagi nyata sebenarnya kesilapan kita. Hati kita menafikan kita bersalah dan merasakan kita melakukan tindakan yg salah tu berpunca dari salah orang lain. Mulala kita panas hati, nak marah je, sakit hati, nak mengamuk dengan orang yg kita sandarkan kesalahan tu. Semua benda jadi tak kena. 





Lama kelamaan, perkara yg anda pandang sebagai "kebiasaan" ni boleh menyebabkan anda mengalami tekanan pada mental dan seterusnya menjurus kepada sakit mental. Haaa..jangan main-main ingat suka marah-marah atau suka larikan diri dari kesalahan tu normal ye.



Tahukah kita semua, perkara negatif ni sebenarnya berpunca daripada pemikiran yang negatif dan hati yg tak bersih ?

Orang yang mempunyai hati yang bersih, berfikiran positif mempunyai jiwa yang besar. Jika kita lakukan kesalahan mmg disebabkan kesalahan orang lain sekalipun, dengan tenangnya kita memohon maaf dengan penuh ikhlas. Dengan hati yg tenang, kita tidak menyalahkan orang lain, sebaliknya muhasabah diri dengan kesilapan yang kita lakukan. Orang yang hatinya bersih, berperibadi mulia tidak cepat melenting atas apa yang berlaku, mempunyai aura positif pada mindanya yang kuat. Tiba-tiba diduga, mungkin dicantas dalam perniagaan, akan cepat beristighfar memohon pada Yang Esa moga dikurniakan kekuatan dan diberi ilham untuk atasi masalah yg timbul bukannya dengan menyerang orang yang mencantas kita dan menghambur tohmahan hingga sanggup mengupah orang untuk mengenakan kita. Allah Maha Kaya, tiba-tiba diuji duit hilang, mungkin itu duit terakhir yg kita punya. Subhanallah, itu Allah yang punya. Syukur pada Allah, kerana Allah lebih mengetahui akan kebaikan dan keburukan atas duit itu. 



Tanamkan sifat positif pada minda. Caranya , SENYUM. Dalam hati sentiasa panjatkan kesyukuran pada ALLAH, serahkan pengabdian seorang hamba pada Pencipta. Panggil aura positif dan buang fikiran negatif dengan kata-kata memujuk diri selari dengan senyuman diwajah, pasti anda akan dapat rasakan sedikit-sedikit perubahan lalu hati anda menjadi tenang. Baiki diri dengan baiki hubungan kita dengan Allah. Baiki solat kita, mungkin dulu solat yg 5 waktu selalu 4 waktu je yg buat, kalau yg dah cukup 5 waktu boleh ditambahkan dengan solat sunat selain turut perbanyakkan membaca Al-Quran. Percayalah, bila hubungan kita dengan Allah diperbaiki, secara tidak sedar memberi kekuatan dalaman, kekuatan fikiran yang diluar jangkaan anda !




With love,
Hanan Asmidar

Gastrik vs Puasa Ramadhan



Assalamualaikum.

Alhamdulillah, Ramadhan akan menemui kita hanya tinggal 2 hari lagi dan kita semua akan mula berpuasa. Dah lama tak berpuasa, agak berdebar untuk memulakan puasa Ramadhan tambah-tambah lagi pesakit GASTRIK. Risau penat, risau lapar, risau kena gastrik, risau tak bertenaga bermain-main di kepala kita. Untuk membantu kita semua berpuasa dengan lebih tenang dan menikmati puasa Ramadhan, As perkenalkan SET SAHUR. SET SAHUR terdiri dari dua produk utama iaitu Amazing dan Red Guara Cafe. 




Amazing merupakan campuran madu asli, kismis, buah tin, kurma merah, buah zaitun, habatus sauda, dong quai, dang shen dan ubi jaga. Amazing amat berkesan untuk membantu ketika berpuasa terutama di bulan Ramadhan dengan memberikan tenaga dan mengelakkan keletihan sepanjang hari ketika berpuasa. Selain itu, Amazing memberi rasa kenyang dan tidak mudah lapar kepada yg berpuasa. Bagi yang mengalami masalah gastrik, Amazing adalah teman terbaik untuk menyembuhkan gastrik dan juga merawat luka pada usus.


Red Guara Cafe dikomposisikan dengan 5 bahan aktif mewah utama terdiri daripada ekstrak Guarana (Paulina cupana), Ubi Bit Merah (Beta gulvaris), Yis Beras Merah (Monanscus purpurues), Kopi Arabica dan Kacang Soya. Red Guara Cafe membantu untuk menambah tenaga dengan menggalakkan penggunaan tenaga simpanan (glikogen) di dalam hati, mengurangkan rasa penat berpuasa dan juga bertindak sebagai penahan lapar.


Dengan rasa Amazing dan Red Guara Cafe yg sedap, SET SAHUR pasti menjadi keperluan anda di bulan Ramadhan. Hubungi As di talian 014-2297656 atau emelkan ke asmidarhanan86@gmail.com untuk SET SAHUR anda !


With love,
Hanan Asmidar

Saya Nak Buat Bisnes Raya..Tapi Takde Modal - Agen Dropship Diperlukan



Assalamualaikum.

Raya dah dekat, kepala pening fikir nak cari side income masa puasa ni. Ada yang jual biskut raya, baju raya, tudung raya. Saya pon nak buat bisnes juga tapi takde modal..macammana ye ?

Berita baik buat anda !

AS MEMBUKA PELUANG UNTUK MEREKA YG INGIN MENJADI AGEN DROPSHIP BAGI SET SAHUR !

SET SAHUR terdiri dari dua produk utama iaitu Amazing dan Red Guara Cafe. 



Amazing merupakan campuran madu asli, kismis, buah tin, kurma merah, buah zaitun, habatus sauda, dong quai, dang shen dan ubi jaga. Amazing amat berkesan untuk membantu ketika berpuasa terutama di bulan Ramadhan dengan memberikan tenaga dan mengelakkan keletihan sepanjang hari ketika berpuasa. Selain itu, Amazing memberi rasa kenyang dan tidak mudah lapar kepada yg berpuasa. Bagi yang mengalami masalah gastrik, Amazing adalah teman terbaik anda untuk menyembuhkan gastrik dan juga merawat usus anda.



Red Guara Cafe dikomposisikan dengan 5 bahan aktif mewah utama terdiri daripada ekstrak Guarana (Paulina cupana), Ubi Bit Merah (Beta gulvaris), Yis Beras Merah (Monanscus purpurues), Kopi Arabica dan Kacang Soya. Red Guara Cafe membantu untuk menambah tenaga dengan menggalakkan penggunaan tenaga simpanan (glikogen) di dalam hati, mengurangkan rasa penat berpuasa dan juga bertindak sebagai penahan lapar.

                          

Berminat untuk menjadi AGEN DROPSHIP di kawasan anda? Very easy, anda cuma promote dan promote dan As akan poskan set ini kepada pelanggan anda. Untuk keterangan lebih lanjut tentang harga, boleh hubungi As di 014-2297656 atau emelkan ke asmidarhanan86@gmail.com.

With love,
Hanan Asmidar

Monday, 1 July 2013

Kisah di Padang, Indonesia- Part 2



Memandangkan hanya tinggal sejam utk next event, adik-adik comel panitia (urusetia) ajak kami untuk melihat matahari terbenam walaupun niat asal kami nak balik hotel, tukar baju dan naik kuda lalu di tepian pantai..Sesungguhnya berbaloi-baloi..sangat indah ciptaan Allah..Sungguh indah panorama yg jarang dapat kami saksikan. Bangi takde pantai..

Subhanallah..cantiknya

Bersama adik panitia, Lita dan Zikra

Saat terindah

Adik panitia yg sangat sporting !

Matahari dah terbenam, kami tengok banyak kedai-kedai kecil yg berniaga di tepi jalan di tepi pantai. Kami apa lg, jom jom nak cuba ajak adik-adik panitia. Rasa mcm tengah jadi pelakon sinetron,hehe..apa yg ada dalam sinetron betul-betul ada la rupanya..hehe..Kami makan sesuatu yg telah lupa namanya, seakan-akan remis tapi bukan remis. Harganya cuma Rp. 1000 je, bersamaan RM 0.35 sahaja. Kami makan keropok besar..sedap..kenyang..alhamdulillah. 


Dine in ye..not take away


Muka da merah-merah, dok di tepi pantai kennn..

Jap lagi pon acara makan-makan. N malam tu dah tak boleh makan sbb perut dah penuh. Sebaik je makan lg, mata terus nak tutup. ekeke..Malam tu kami sedih bila tau ibu udah pulang ke hometown nya..diorang carik kami tapi kami ni ke sana ke mari kan ngak sempat ketemu. N bapak jugak akan pulang keesokan paginya dan tak join tour pada hari ke-3. Terasa hilang seri kami tanpa gelak ketawa ibu dan bapak. 


Sate Padang



Tarian tradisional Minang

Kami membayar Rp. 150,000 untuk join tour pada hari ke-3. Sebut pasal tukaran wang..kami seolah-olah takut nak guna..haha..sebab mahalnyaaaaa terasa even murah hakikatnya! Masa nak bayar, terasa macam nak bayar cash beli BMW sebijik! kikiki..alangkah jakunnya diriku..

Ready to go!

Esoknya kami pagi-pagi la siap kalau bab berjalan. Agak jauh perjalanan..hampir sejam, kami tiba di Lembah Anai. Subhanallah..sgt menenangkan melihat dan merasai tempias kesejukan air terjun. Terus amik-amik gambar..Dah habis posing, teruskan lagi perjalanan.





Sepanjang perjalanan kami seperti sedang menaiki bukit. Dari satu bukit ke bukit yang lain. Cantiknya tidak terkata..Hijauuuuu je..As pon nyanyi sorang-sorang lagi Zainal Abidin tu,hehe..Lepas melalui perkampungan kecil, hutan rimba dan out of sudden, aikkkk..ada pekan? Rasa mcm baru lepas lalu hutan belantara.hehe..ajaibkan? Ada satu pekan, As kurang pasti namanya tapi yg As ingat, kota Serambi Mekah. Memang As kagumi, rumahnya yang indah, bersihhhh je..tak jumpa sampah malahan satu daun pon atas lantai! Rasa macam nak jadik orang situ je,hehe..







Next destination, Istana Minangkabau. Menurut cerita adik panitia, istana asal dah terbakar dan berada di atas bukit lagi. Jadi istana replika yang baru ni, ditutup dan tak boleh naik..cuma boleh ambil gambar kat luar je. Even mcm tu, As dapat lihat kecantikan seninya dari tingkat. Kan best kalau boleh masuk kan..As, K Fiza dan beberapa orang lagi pakai baju Minangkabau. Sewanya hanya Rp 35,000 je lebih kurang RM12. Melaram la kami di siang hari matahari sejengkal dari kepala. Hukhuk..timing salah tapi kami tahan sebab dah ala-ala model semua nak bergambar dengan kami. Haha..panasnya hanya kami yg tau..=p


Panas okeh !

Perjalanan yg memakan masa, perut dah lapar, azan pon dah lama berkumandang, kami singgah makan di Rumah Makan Pondok Flora untuk solat dan makan. Kejakunan As bertambah bila tengok belakang toilet ada sawah padi indah terbentang, gunung ganang nun menghijau. Pinjam fon Kak Fiza, amik gambar. Makanan memang tiptop tau..makan dengan bersaksikan alam semulajadi, diatas pangkin di tengah-tengah kolam ikan buatan. Angin sepoi-sepoi bahasa menambahkan selera makan.heee =) 










Perjalanan diteruskan..lagi 2 jam tempat shopping. Perut dah kenyang, As pon tido je sepanjang jalan. Bangun, aik..belum sampai..tido balik, bangun lagi..belum sampai-sampai. Lebih kurang sejam lebih perjalanan, bas stop kat satu kedai ole-ole, Sanjai Balado Ummi. Kitorang shopping ole-ole, carik yang pelik-pelik je dan sedap. As beli kerepek yg glamour di Padang iaitu kerepek Sanjai, Jangek dan kerepek pisang coklat. Yang specialnya kerepek Jangek ni dibuat dari kulit lembu. Kata-kata orang kat orang Minang di Negeri Sembilan dan Melaka pon ada tapi jarang dah ditemui tenggelam dek dunia yg makin maju..=(




Boleh cuba rasa tau kerepek-kerepek kat sini sebelum decide utk beli

Taraaaaa...kami tiba di Great Wall of Kota Gadang. Kami masuk ke dalam Great Wall tu,hehe..dan bukan tengok dari atas bukit yang lain. Perasan berada di China tiba-tiba, nasib baik cuaca menyedarkan kami realitinya,hee..







Lepas tu apa lagi, shopping timeeeeeeeee...Shopping memang dah tak hengat dunia masa kat Jam Gadang, Bukit Tinggi ni. Kami membeli dan membelah duit di Pasar Atas..harganya menarik, telefon sampai habis bateri banyak mengira sangat..Shopping sampai kena tinggal dengan bas, hakhak..Nasib baik ada adik-adik panitia yang cari kami. Dan yang kena tinggal semuanya dari Malaysia, ahaks..nampak sangat kan kejakunan kami. Oh ye, delegasi UKM seramai 8 orang cuma kat sana je baru kami tau. 




K fiza bukan main lagi dapat shopping,hehe..


Muka kena tinggal bas

Balik dari shopping, singgah makan lagi di Restoran Pak Datuk. Bukan Mak Datuk ye..sebut betul-betul, Pak Datuk..Restoran Minang ni memang cantik dan sejuk je. Tak perlu bukak kipas apatah lagi aircond. Air yg sedia ada ditambah pula dengan rekaan restoran menggunakan anyaman nipah (rasanya larr) memang bagi efek menenangkan untuk makan bak raja. Banyak woooo makanannya.





Balik ke hotel kami cuba menahan diri dari pengsan kerana mengantuk. Beg hanya ada 2 dan barang kami sangatlah banyak. Susun atur kami akhirnya berjaya mengekalkan 2 beg kami sehingga orang hairan kemana kami letak brg-brg yang kami shopping semalam. Kami tido dengan sangat nyenyaknya sedangkan kami perlu bertolak dari hotel jam 5 pagi untuk ke Airport Minangkabau, flight balik ke Malaysia. Sedih mau pulang..belum puas rasanya berada di Padang. Hari yg sangat padat dan memenatkan, tapi very enjoyable..Pasti kami akan berkunjung lagi ke Padang, dengar-dengarnya masih banyak tempat-tempat yg indah di sana kan adik panitia kan..

Babai Padang, hukhuk..=(

Ramai yang menyatakan tempat yang best di Indonesia, Bandung, Bali, Jogjakarta..tapi bagi kami, Padang ada keistimewaan tersendiri. The best word utk describe Padang is I.N.D.A.H. 

Bagaimana kekal cergas dengan tidur yang tak cukup dan banyak tenaga digunakan masa kat Padang? Rahsia As..very easy. Bidadari, Red Guara Cafe dan Stokin Ajaib peneman setia..









Bagi mereka yang nak travel dan ingin kekalkan kecergasan sepanjang bercuti, dapatkan produk-produk ini sebagai produk WAJIB anda ! Hubungi As, 014-2297656 untuk produk anda. =)









HADIAH UNTUK..



Assalamualaikum.

Alhamdulillah..terkejuz As tengok angka pengunjung di blog As telah mencecah 11555 orang ! Subhanallah..syukur. Give a big clap untuk anda-anda semua, TQ so much !

Perasan tak, kita selalu ketandusan idea bila nak bagi hadiah untuk seseorang tak kisahla untuk boyfren, girlfren, suami, isteri, mak, ayah dan sesiapa sahaja even BOS anda. Rasa macam.." Eeee..nak beli apa ni !" Maka, kita pon memulakan pencarian benda yg chomel-chomel untuk kita bagi kan. Chomel ? Betul, chomel is good tapi why dont we change to sesuatu yang berguna compared to chomel kan ?

Apa nak bagi As ? Ok, secara amnya As sarankan utk anda hadiahkan orang yg tersayang anda STOKIN DNIFI BIOENERGY. Stokin Dnifi diperbuat daripada kain kapas berkualiti dan ianya mengandungi Bio Seramik yang dapat mengeluarkan pancaran inframerah jarak jauh (FAR INFRARED).





Stokin DNifi Bio-Energy sangat membantu dalam

  • Membunuh bakteria di bahagian tapak kaki
  • Mencegah bau busuk dan gatal-gatal pada bahagian tapak kaki
  • Membantu mengembangkan kapilari darah seterusnya melancarkan peredaran darah
  • Membantu menyingkirkan mendapan kalsium pada sendi kaki seterusnya menjadikan bahagian tapak kaki berasa selesa dan bebas dari sengal-sengal
  • Membantu mendapatkan tidur malam yg lebih nyenyak
  • Membantu melegakan kekejangan otot dengan berkesan
  • Membantu memberi kesan ketenangan
  • Menyerap peluh dengan cepat agar kaki sentiasa kering dan selesa

Sekian perkongsian As untuk cadangan hadiah yg sangat bermanfaat untuk si penerimanya. Kalau anda rasa mahukan sesuatu yg lebih special, jangan segan-segan mahupun malu-malu teruskan hubungi As di 0142297656 atau drop your question n order tru emel, asmidarhanan86@gmail.com. Terima kasihhh...