Assalamualaikum.
Syukur alhamdulillah, bertemu lagi kita dengan Ramadhan pada tahun ni. As mengucapkan selamat menyambut Ramadhan yg mulia kepada semua sahabat-sahabat serta pembaca blog As, terima kasih kerana sudi singgah dan menghubungi As. =)
Semoga Ramadhan kali ini kita akan mempertingkatkan amalan kita dengan amalan-amalan sunnah seperti solat Terawih, baca dan dalami Al-Quran sehingga khatam, solat-solat sunat yg lain. Selama 11 bulan kita asyik dengan kesibukan dunia dan satu bulan yang dipanggil Ramadhan adalah bulan penuh rahmat, penuh berkat untuk kita fokuskan utk bekalan akhirat kita.
Cakap yg sunat ni, yang wajib tu janganla dilupakan pulak ye. Puasa je tak guna tau kalau kita tak solat lima waktu. Kawan-kawan yang baru nak belajar cukupkan solat, amikla peluang Ramadhan ni untuk berlatih solat pada setiap waktu k. Dunia hanya sementara, yg kekal nun di alam sana bersandarkan bekalan amalan di dunia.
With love,
Hanan Asmidar
No comments:
Post a Comment