ASSALAMUALAIKUM DARI AS ~

Terima kasih sudi singgah di blog As. Yang elok tu, sudi sudikanlah share ye dengan kawan-kawan yang lain.

As boleh dihubungi di 014-229 7656. Terima kasih sekali lagi =)

Monday 8 July 2013

SEMUA NI SALAH DIA ! SAYA TAK SALAH !



Assalamualaikum.

Wowww..hot topic..semua ni salah dia kan dan saya tak salah, uish..yeke? Adoi, apa kena mengena ni As salah-salah ni. Yes, ada kena dan terkena lagi mengenanya, dan ia melambangkan keperibadian diri anda dan pemikiran anda. 


Perbezaan orang yang mempunyai fikiran positif dan negatif tergambar di wajah


Perasan atau perasan, kita suka untuk salahkan orang lain atas apa yg terjadi even kesalahan tu terang lagi nyata sebenarnya kesilapan kita. Hati kita menafikan kita bersalah dan merasakan kita melakukan tindakan yg salah tu berpunca dari salah orang lain. Mulala kita panas hati, nak marah je, sakit hati, nak mengamuk dengan orang yg kita sandarkan kesalahan tu. Semua benda jadi tak kena. 





Lama kelamaan, perkara yg anda pandang sebagai "kebiasaan" ni boleh menyebabkan anda mengalami tekanan pada mental dan seterusnya menjurus kepada sakit mental. Haaa..jangan main-main ingat suka marah-marah atau suka larikan diri dari kesalahan tu normal ye.



Tahukah kita semua, perkara negatif ni sebenarnya berpunca daripada pemikiran yang negatif dan hati yg tak bersih ?

Orang yang mempunyai hati yang bersih, berfikiran positif mempunyai jiwa yang besar. Jika kita lakukan kesalahan mmg disebabkan kesalahan orang lain sekalipun, dengan tenangnya kita memohon maaf dengan penuh ikhlas. Dengan hati yg tenang, kita tidak menyalahkan orang lain, sebaliknya muhasabah diri dengan kesilapan yang kita lakukan. Orang yang hatinya bersih, berperibadi mulia tidak cepat melenting atas apa yang berlaku, mempunyai aura positif pada mindanya yang kuat. Tiba-tiba diduga, mungkin dicantas dalam perniagaan, akan cepat beristighfar memohon pada Yang Esa moga dikurniakan kekuatan dan diberi ilham untuk atasi masalah yg timbul bukannya dengan menyerang orang yang mencantas kita dan menghambur tohmahan hingga sanggup mengupah orang untuk mengenakan kita. Allah Maha Kaya, tiba-tiba diuji duit hilang, mungkin itu duit terakhir yg kita punya. Subhanallah, itu Allah yang punya. Syukur pada Allah, kerana Allah lebih mengetahui akan kebaikan dan keburukan atas duit itu. 



Tanamkan sifat positif pada minda. Caranya , SENYUM. Dalam hati sentiasa panjatkan kesyukuran pada ALLAH, serahkan pengabdian seorang hamba pada Pencipta. Panggil aura positif dan buang fikiran negatif dengan kata-kata memujuk diri selari dengan senyuman diwajah, pasti anda akan dapat rasakan sedikit-sedikit perubahan lalu hati anda menjadi tenang. Baiki diri dengan baiki hubungan kita dengan Allah. Baiki solat kita, mungkin dulu solat yg 5 waktu selalu 4 waktu je yg buat, kalau yg dah cukup 5 waktu boleh ditambahkan dengan solat sunat selain turut perbanyakkan membaca Al-Quran. Percayalah, bila hubungan kita dengan Allah diperbaiki, secara tidak sedar memberi kekuatan dalaman, kekuatan fikiran yang diluar jangkaan anda !




With love,
Hanan Asmidar

No comments:

Post a Comment