ASSALAMUALAIKUM DARI AS ~

Terima kasih sudi singgah di blog As. Yang elok tu, sudi sudikanlah share ye dengan kawan-kawan yang lain.

As boleh dihubungi di 014-229 7656. Terima kasih sekali lagi =)

Monday 1 July 2013

Kisah di Padang, Indonesia- Part 2



Memandangkan hanya tinggal sejam utk next event, adik-adik comel panitia (urusetia) ajak kami untuk melihat matahari terbenam walaupun niat asal kami nak balik hotel, tukar baju dan naik kuda lalu di tepian pantai..Sesungguhnya berbaloi-baloi..sangat indah ciptaan Allah..Sungguh indah panorama yg jarang dapat kami saksikan. Bangi takde pantai..

Subhanallah..cantiknya

Bersama adik panitia, Lita dan Zikra

Saat terindah

Adik panitia yg sangat sporting !

Matahari dah terbenam, kami tengok banyak kedai-kedai kecil yg berniaga di tepi jalan di tepi pantai. Kami apa lg, jom jom nak cuba ajak adik-adik panitia. Rasa mcm tengah jadi pelakon sinetron,hehe..apa yg ada dalam sinetron betul-betul ada la rupanya..hehe..Kami makan sesuatu yg telah lupa namanya, seakan-akan remis tapi bukan remis. Harganya cuma Rp. 1000 je, bersamaan RM 0.35 sahaja. Kami makan keropok besar..sedap..kenyang..alhamdulillah. 


Dine in ye..not take away


Muka da merah-merah, dok di tepi pantai kennn..

Jap lagi pon acara makan-makan. N malam tu dah tak boleh makan sbb perut dah penuh. Sebaik je makan lg, mata terus nak tutup. ekeke..Malam tu kami sedih bila tau ibu udah pulang ke hometown nya..diorang carik kami tapi kami ni ke sana ke mari kan ngak sempat ketemu. N bapak jugak akan pulang keesokan paginya dan tak join tour pada hari ke-3. Terasa hilang seri kami tanpa gelak ketawa ibu dan bapak. 


Sate Padang



Tarian tradisional Minang

Kami membayar Rp. 150,000 untuk join tour pada hari ke-3. Sebut pasal tukaran wang..kami seolah-olah takut nak guna..haha..sebab mahalnyaaaaa terasa even murah hakikatnya! Masa nak bayar, terasa macam nak bayar cash beli BMW sebijik! kikiki..alangkah jakunnya diriku..

Ready to go!

Esoknya kami pagi-pagi la siap kalau bab berjalan. Agak jauh perjalanan..hampir sejam, kami tiba di Lembah Anai. Subhanallah..sgt menenangkan melihat dan merasai tempias kesejukan air terjun. Terus amik-amik gambar..Dah habis posing, teruskan lagi perjalanan.





Sepanjang perjalanan kami seperti sedang menaiki bukit. Dari satu bukit ke bukit yang lain. Cantiknya tidak terkata..Hijauuuuu je..As pon nyanyi sorang-sorang lagi Zainal Abidin tu,hehe..Lepas melalui perkampungan kecil, hutan rimba dan out of sudden, aikkkk..ada pekan? Rasa mcm baru lepas lalu hutan belantara.hehe..ajaibkan? Ada satu pekan, As kurang pasti namanya tapi yg As ingat, kota Serambi Mekah. Memang As kagumi, rumahnya yang indah, bersihhhh je..tak jumpa sampah malahan satu daun pon atas lantai! Rasa macam nak jadik orang situ je,hehe..







Next destination, Istana Minangkabau. Menurut cerita adik panitia, istana asal dah terbakar dan berada di atas bukit lagi. Jadi istana replika yang baru ni, ditutup dan tak boleh naik..cuma boleh ambil gambar kat luar je. Even mcm tu, As dapat lihat kecantikan seninya dari tingkat. Kan best kalau boleh masuk kan..As, K Fiza dan beberapa orang lagi pakai baju Minangkabau. Sewanya hanya Rp 35,000 je lebih kurang RM12. Melaram la kami di siang hari matahari sejengkal dari kepala. Hukhuk..timing salah tapi kami tahan sebab dah ala-ala model semua nak bergambar dengan kami. Haha..panasnya hanya kami yg tau..=p


Panas okeh !

Perjalanan yg memakan masa, perut dah lapar, azan pon dah lama berkumandang, kami singgah makan di Rumah Makan Pondok Flora untuk solat dan makan. Kejakunan As bertambah bila tengok belakang toilet ada sawah padi indah terbentang, gunung ganang nun menghijau. Pinjam fon Kak Fiza, amik gambar. Makanan memang tiptop tau..makan dengan bersaksikan alam semulajadi, diatas pangkin di tengah-tengah kolam ikan buatan. Angin sepoi-sepoi bahasa menambahkan selera makan.heee =) 










Perjalanan diteruskan..lagi 2 jam tempat shopping. Perut dah kenyang, As pon tido je sepanjang jalan. Bangun, aik..belum sampai..tido balik, bangun lagi..belum sampai-sampai. Lebih kurang sejam lebih perjalanan, bas stop kat satu kedai ole-ole, Sanjai Balado Ummi. Kitorang shopping ole-ole, carik yang pelik-pelik je dan sedap. As beli kerepek yg glamour di Padang iaitu kerepek Sanjai, Jangek dan kerepek pisang coklat. Yang specialnya kerepek Jangek ni dibuat dari kulit lembu. Kata-kata orang kat orang Minang di Negeri Sembilan dan Melaka pon ada tapi jarang dah ditemui tenggelam dek dunia yg makin maju..=(




Boleh cuba rasa tau kerepek-kerepek kat sini sebelum decide utk beli

Taraaaaa...kami tiba di Great Wall of Kota Gadang. Kami masuk ke dalam Great Wall tu,hehe..dan bukan tengok dari atas bukit yang lain. Perasan berada di China tiba-tiba, nasib baik cuaca menyedarkan kami realitinya,hee..







Lepas tu apa lagi, shopping timeeeeeeeee...Shopping memang dah tak hengat dunia masa kat Jam Gadang, Bukit Tinggi ni. Kami membeli dan membelah duit di Pasar Atas..harganya menarik, telefon sampai habis bateri banyak mengira sangat..Shopping sampai kena tinggal dengan bas, hakhak..Nasib baik ada adik-adik panitia yang cari kami. Dan yang kena tinggal semuanya dari Malaysia, ahaks..nampak sangat kan kejakunan kami. Oh ye, delegasi UKM seramai 8 orang cuma kat sana je baru kami tau. 




K fiza bukan main lagi dapat shopping,hehe..


Muka kena tinggal bas

Balik dari shopping, singgah makan lagi di Restoran Pak Datuk. Bukan Mak Datuk ye..sebut betul-betul, Pak Datuk..Restoran Minang ni memang cantik dan sejuk je. Tak perlu bukak kipas apatah lagi aircond. Air yg sedia ada ditambah pula dengan rekaan restoran menggunakan anyaman nipah (rasanya larr) memang bagi efek menenangkan untuk makan bak raja. Banyak woooo makanannya.





Balik ke hotel kami cuba menahan diri dari pengsan kerana mengantuk. Beg hanya ada 2 dan barang kami sangatlah banyak. Susun atur kami akhirnya berjaya mengekalkan 2 beg kami sehingga orang hairan kemana kami letak brg-brg yang kami shopping semalam. Kami tido dengan sangat nyenyaknya sedangkan kami perlu bertolak dari hotel jam 5 pagi untuk ke Airport Minangkabau, flight balik ke Malaysia. Sedih mau pulang..belum puas rasanya berada di Padang. Hari yg sangat padat dan memenatkan, tapi very enjoyable..Pasti kami akan berkunjung lagi ke Padang, dengar-dengarnya masih banyak tempat-tempat yg indah di sana kan adik panitia kan..

Babai Padang, hukhuk..=(

Ramai yang menyatakan tempat yang best di Indonesia, Bandung, Bali, Jogjakarta..tapi bagi kami, Padang ada keistimewaan tersendiri. The best word utk describe Padang is I.N.D.A.H. 

Bagaimana kekal cergas dengan tidur yang tak cukup dan banyak tenaga digunakan masa kat Padang? Rahsia As..very easy. Bidadari, Red Guara Cafe dan Stokin Ajaib peneman setia..









Bagi mereka yang nak travel dan ingin kekalkan kecergasan sepanjang bercuti, dapatkan produk-produk ini sebagai produk WAJIB anda ! Hubungi As, 014-2297656 untuk produk anda. =)









1 comment:


  1. Assalamualaikum Tuan/Puan.

    Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
    Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

    KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
    Tour operator & Travel Agency

    Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.

    Contact person : Amsyahril
    Mobile : +6285263007445
    E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.


    ReplyDelete